Followers

Friday 5 August 2011

Angan-angan saya

Bismillah

Alhamdulilah, syukur atas nikmat berpuasa di bulan Ramadhan. Kesyukuran juga atas kesempatan selama 5 hari berada di bulan Ramadhan, moga Allah beri peluang untuk saya menempuhi sepenuhnya Ramadhan kali ini.

Mat Jenin

semua orang berhak punyai cita-cita
Angan-angan sering dikaitkan dengan kisah Mat Jenin. Rasanya, semua orang dah maklum dengan kisah beliau (kata ganti diri yang sesuai untuk Mat Jenin). Tapi saya tetap juga mahu bercerita serba sedikit angan-angan Mat Jenin sebelum saya bercerita angan-angan Shukran Ijtihad (angan-angan sendiri).



Mat Jenin merupakan seorang yang bekerja sebagai pemetik buah kelapa. Tugas beliau ialah memanjat pokok kelapa dan memetik buahnya (orang kedah panggil buah nyioq). Pasa satu hari, sedang beliau berada di puncak pohon kelapa, beliau terbayangkan keadaan hidupnya, bermula sebagai pemetik buah kelapa, kemudian dengan hasil yang beliau peroleh, beliau akan membeli sepasang lembu untuk diternak. Lembu tersebut akan terus membiak dan menghasilkan pulangang yang cukup memuaskan hati. Beliau akhirnya menjadi saudagar yang sangat kaya. Dengan kekayaan beliau, beliau cuba untuk meminang puteri raja. Pinangan beliau diterima dang akhirnya beliau berkahwin dengan puteri raja. Akhirnya beliau terbayangkan keadaan yang sangat membahagiakan bersama puteri raja sambil mendepakan tangan dalam keadaan beliau terlupa yang beliau sedang berada di puncak pohon kelapa.

mungkin inilah pokok yang dipanjat Mat Jenin

Mat Jenin tidak dapat diselamatkan dan akhirnya meninggal dunia disebabkan angan-angan beliau. Dan kisah ini menyebabkan hari ini masyarakat beranggapan bahawa angan-angan merupakan sesuatu yang sangat negatif dan membuang masa. Yang peliknya, bagaimana kisah angan-angan Mat Jenin ni boleh tersebar sedangkan beliau tak sempat pun menceritakan angan-angani ni pada orang lain (sama-sama renungkan).

Angan-angan atau cita-cita

Betul atau tidak kisah Mat Jenin itu, sama-sama kta fikirkan. Pada saya angan-angan dan cita-cita adalah perkara yang sama dari sudut bahasa. Mungkin dari sudut penggunaan kata yang sesuai, angan-angan bersifat sesuatu yang lebih kepada imaginasi, manakal cita-cita pula sesuatu yang boleh direalisasikan.

Power Rangers Merah

Antara rancangan televisyen yang paling saya minati ialah Power Rangers (PR), dengan siri pertamanya yang bertajuk Power Rangers Mighty Morphin (PRMM). Sekarang Power Rangers sudah memasuki siri yang ke 16, Power Rangers Samurai (PRS). Hinggakan saya meletakkan angan-angan saya untuk menjadi salah seorang daripada PR, terutamanya PR merah.

saya salah seorang daripada mereka?

Rakan-rakan mesti tertanya-tanya kenapa Power Rangers (kalau tak tertanya-tanya pun, buat-buat lah tertanya ye)??

Antara sebabnya ialah (tidak mampu untuk saya nyatakan semua sebab di sini):
  1. Semangat berpasukan
  2. Bertujuan untuk menyelamatkan dunia
  3. Ketua yang sangat berdedikasi (sebab nak jadi PR merah)


Sekarang, untuk mencapai ketiga-tiga sebab di atas, saya tidak lagi perlu menjadi PR. Saya sedar betapa realiti kehidupan sekarang memerlukan kita untuk lebih berpijak di bumi yang nyata.

Semangat berpasukan adalah perkara yang sangat dituntut dalam Islam, bertepatan dengan firman Allah,

“sesungguhnya Allah sangat mencintai hambaNya yang berperang pada jalanNya dalam keadaan bersaf (tersusun rapi dalam satu pasukan) seperti sebuah binaan yang tersusun kukuh”, Surah As-Saff : 4

Menyelamatkan dunia pula sudah ditakdirkan menjadi tugas kita sebagai manusia. Menyelamatkan dunia dengan memastikan Islam tertegak dan dunia ditadbir oleh Islam, bertepatan dengan peranan manusia sebagai khalifah. Firman Allah,

“berkata Allah pada malaikatNya, sesungguhnya akan Aku ciptakan di dunia ini khalifah (dalam kalangan manusia)”, Surah Al-Baqarah : 30

Kita juga adalah pemimpin, seperti yang pernah saya catakan pada nukilan saya yang lepas,


Jom tengok

Kepada sesiapa yang baru nak mengenali Power Rangers, saya sertakan di sini link bagi sumber rujukan yang sesuai ataupun boleh je taip “Power Rangers” pada pak cik Google ataupun Mak Cik Youtube.

ni yang latest =)


Wallahua’lam.

10 comments:

'Aqilah Mumtahanah said...

menarik n terbaek..laaieenn sikitt...^_^

shukran ijtihad said...

boleh la...tpi masih lagi terbayang kalaw dpt jadi power ranger...

Haziq Asyraf Bin Dun said...

go go power rangers, moghty morphin power rangers!!!

Anonymous said...

power rangers merah..idola si anak kecil, siap buat gaya lagi depan tv..penangan pr lainn ckit..ke pakatan rakyat? :D

shukran ijtihad said...

x sngaja plak...PR=pakatan rakyat dan Power rangers...

Anonymous said...

semua demam power ranger skg,zaki pun tgh tgk video power rangers.ish3

Hamiza Hani Omar said...

semoga menjadi 'power rangers merah' yang sejati dalam mentadbir bumi Allah ini..

shukran ijtihad said...

fikri xnk demam skali ka?
insha Allah kak hamiza...amin...

Muhammad Hafizan bin Abd Hamid said...

(",)

Haziq Asyraf Bin Dun said...

aku suka power rangers hijau weyh...always controversy

Entry Popular