Followers

Monday 29 August 2011

Selamat Tinggal SAYANG

Bismillah

Alhamdulilah, bersyukur pada Allah kerana masih lagi memberi kesempatan pada saya untuk menempuh Ramadhan dalam keadaan sihat dan sejahtera. Agak sebak apabila mengenangkan Ramadhan 1432 Hijrah yang terisi dengan pelbagai kenangan yang tidak dapat dilupakan.

Ramadhan Yang Sama, Natijah Yang Berbeza

Setiap yang bermula pasti akan berakhir. Setiap yang datang pasti akan pergi. Itulah yang dikatakan sebagai sunnatullah kehidupan atas muka bumi ini.

Pernah saya karang dengan panjang lebar dalam Ramadhan Kembali, menceritakan perihal Ramadhan setiap tahun yang nampak sama pada zahirnya tetapi berbeza bagi sesiapa yang menyedarinya.


Bagi saya, Ramadhan kali ini sangat berbeza. Ramadhan mendampingi saya dalam keadaan saya dan rakan-rakan sekretariat sibuk dengan tugasan Pesta Konvokesyen Ke-39 UKM. Setiap saat dan ketika yang dilalui bersama rakan-rakan membuatkan saya terfikir, kadang-kadang kita merasakan yang diri kita ini cukup lemah tanpa kita mengetahui ada lagi sahabat kita yang memerlukan kita di samping mereka. Bersendirian menjadikan kita mudah hanyut dengan mainan perasaan, sepatutnya kita harus saling memberi sokongan dan memahami antara satu sama lain supaya kita ada kekuatan yang luar biasa. Perasaan kita tidak mudah mempermainkan kita.

Namun, perlu juga kita sedar bahawa hidup besahabat juga banyak cabarannya. Kita tidak boleh terlalu mengharapkan sahabat-sahabat lain untuk membantu kita, tetapi kita perlu sentiasa menyediakan diri kita untuk membantu sahabat yang lain. [khas buat teman Sekretariat Pesta Konvokesyen Ke-39 UKM]

Jumpa lagi SAYANG

Saya selamat juga tiba di kampung pada pagi 25 Ramadhan (Alhamdulillah). Perasaan bercampur baur antara gembira dan sedih. Gembira untuk berjumpa dengan mak, ayah, adik-adik. Sedih sebab kerja Pesta Konvo ada lagi yang tak selesai.

Saya jadi tak keruan apabila kepulangan saya tidak disambut mesra oleh adik bongsu saya yang baru berusia 7 bulan. Mungkin disebabkan saya yang telah lama meninggalkan rumah dalam keadaan adik saya ini tengah membesar dan sedang mengenal adik-beradik yang lain. Hati abang mana yang tak sedih. Tapi sekarang dah mula mesra sedikit. Aidilfitri kali ni adalah yang pertama bagi dia (Ahmad Thoriq Ameen).

adik bongsu saya
Begitulah kenangan yang cuba Ramadhan tinggalkan pada saya. Ramadhan SAYANG, datang mu ternanti-nanti, namun apakah masih ada kesempatan buat diri ini bersua dengan mu SAYANG.

Semoga bertemu semula Ramadhan.
Salam Aidilfitri.

Wallahua’lam.

No comments:

Entry Popular