Followers

Tuesday 19 July 2011

Problem Solver

Bismillah

“Leader must be a problem solver, not a problem maker”

proses menyelesaikan masalah

Masalah merupakan antara penyeri kehidupan ini. Orang kata, masalah ini menyusahkan. Saya kata, masalah ini menyusahkan sekiranya kita tidak berusaha menyelesaikannya, dan hidup ini menjadi sangat indah andai kita sudah berusaha bersungguh-sungguh untuk menyelesaikan masalah. 


Selesai atau tidak masalah tersebut, itu perkara yang kedua, dan yang menjadi keutamaan adalah usaha untuk menyelesaikannya.

Pemimpin dan jawatan

Sedar atau tidak, kita semua adalah pemimpin. Sabda Nabi Muhammad S.A.W,

“Setiap kamu adalah pemimpin dan kamu akan ditanya setiap perihal kepimpinan kamu. Seorang Imam (ketua) adalah ketua dan akan ditanya mengenai kepimpinanya. Seorang lelaki adalah pemipin keluarganya dank an ditanya mengenai kepimpinannya. Isteri adalah pemimpin dalam rumah tangga suaminya dan akan ditanya mengenai tanggungjawab kepimpinannya. Seorang pembantu adalah pemimpin harta majikannya dan akan ditanya mengenai kepimpinanya. Seorang anak adalah pemimpin harta bapanya dan dia bertanggungjawab mengenai kepimpinannya. Maka setiap kamu adalah pemimpin dan akan ditanyja mengenai kepimpinan kamu” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

kita semua adalah pemimpin
Kita seringkali kaitkan pemimpin dengan jawatan. Seseorang yang tidak berjawatan dianggap sebagai bukan pemimpin. Tanggapan sebegini sangat salah. Saya mengatakan bahawa jawatan bukanlah pasangan yang sesuai bagi pemimpin, tetapi tanggungjawab atau taklifan yang menyebabkan kita hari ini sebagai pemimpin. Dan perlu diingat bahawa, sebagai manusia kita tidak boleh lari daripada tanggungjawab. Matematik yang mudah. Taklifan atau tanggungjawab adalah pasangan yang paling ideal bagi pemimpin.

Saya kongsikan bersama hasil penulisan kawan saya,


Jangan buat masalah

Oleh itu, sebagai pemimpin yang ada banyak tanggungjawab, seharusnya sedar akan peranan sebagai ‘Problem Solver’, bukan ‘Problem or Trouble Maker’ dan jangan sesakali menjadi ‘Disaster Maker’ dalam melunaskan tanggungjawab masing-masing.

Mudahkan orang lain, insha Allah segala urusan kita akan dipermudahkan.

Wallahua’lam

No comments:

Entry Popular