Followers

Monday, 4 June 2012

Hadirnya Anis Safiyyah

Bismillah.

Semoga Allah terus memberikan ruang dan peluang kepada hambaNya ini untuk terus memperjuangkan Ad-Din ini hingga ketitisan darah yang terakhir. Rasa dah lama sangat tidak mencoret naskhah dakwah pada lembaran Papan Kekunci ini. Mungkin dek kesibukan dengan urusan lain atau mungkin juga kerana kelemahan pengurusan gerak kerja menyebabkan hilang fokus dan tumpuan yang akhirnya membawa kepada pengabaian blog saya.


Ini blog saya

Terlalu banyak isu

Kali terakhir saya berkarya adalah berkenaan bicara soal pendidikan percuma dan pemansuhan PTPTN. Alhamdulillah, isu sebegini semakin membumi dalam kalangan masyarakat khususnya mahasiswa apabila terdapat sesetengah pihak yang berinisiatif turun ke jalanan, menyebarkan risalah dan artikel, berforum dan sebagainya. Usaha yang dijalankan ini sekurang-kurangnya dapat membuka minda masyarakat untuk lebih pandang ke hadapan.


Bahang Pilihan Raya Umum Ke-13 kian membara, walaupun tarikh sebenar pilihanraya hanya diketahui oleh pemerintah yang berkuasa. Hal ini menyebabkan semakin banyak isu-isu semasa yang menyentuh soal kebajikan rakyat dan pengurusan pentadbiran Negara diketengahkan. Semua parti politik, pembangkang mahupun kerajaan masing-masing cuba mendapatkan “mileage” politik selebar mungkin. Himpunan demi himpunan dianjurkan semata-mata untuk mempamerkan kekuatan serta sokongan rakyat yang diperoleh pembangkang mahupun kerajaan. Bermula dengan Bersih 3.0, seterusnya Himpunan UMNO di stadium bukit Jalil, Himpunan Jutaan Belia di Putrajaya dan yang terbaru adalah Himpunan Hijau ke Putrajaya di Stadium Darul Aman.

Sekadar perkongsian, terserah kepada anda untuk menilai

Hakikatnya, rakyat hari ini sudah bijak menilai dan membezakan antara kaca dan permata. Kilauan kaca kadangkala mengelirukan rakyat, usaha untuk mengabur dan menutupi kebenaran terus berjalan tanpa henti. Duit ditabur dijalanan. Hiburan dihidangkan pada anak muda. Semua ini adalah bertujuan untuk mematikan terus pemikiran anak muda dan masyarakat amnya. Namun, fitrah manusia yang cenderung ke arah kebaikan dan kebenaran telah memadamkan kilauan kaca. Kaca tetap kaca, permata terus dilihat sebagai permata. Ya, rakyat yang cakna dan sedar terus bangkit memperjuangkan kebenaran. Kebenaran bukan untuk disimpan, tetapi untuk dikongsi bersama.

Sedarlah wahai penguasa yang zalim, kuasa rakyat sentiasa memenangkan kebenaran.

Perang kertas

Selain daripada isu-isu semasa yang bersifat nasional, isu setempat turut tak dilupakan. Ucapan TAHNIAH buat senior-senior yang selamat diijabkabulkan dan bakal diijabkabulkan. Maaf sebab tak dapat nak hadir ke walimah.


Isu-isu semasa yang tibul bagaikan cendawan yang tumbuh selepas hujan, tidak melupakan saya kepada tanggungjawab sebagai mahasiswa. Sedar atau tidak, semester 2, sesi 2011/2012 sudah menghampiri penghujungnya. Minggu hadapan, semua mahasiswa UKM akan berhadapan dengan perang yang sentiasa dinanti ketibaanya. Ucapan “All The BESt” buat semua rakan seperjuangan yang berjihad di perbukitan ilmu UKM khususnya dan seluruh mahasiswa di Malaysia.

Daripada ISIUKM

Daripada ISIUKM

Sudah sampai masanya

Memetik kata-kata Sasterawan Negara, A. Samad Said,

“Aku tidak menjadi tua untuk menjadi bodoh”

Ungkapan yang menarik untuk sama-sama kita perhalusi. Usia yang semakin menigkat seharusnya mematangkan kita. Pengalaman demi pengalaman diperoleh, onak dan duri telah ditempuhi, pelbagai cabaran dan halangan telah direntasi, segalanya merupakan sekelumit coretan kehidupan yang memastikan kita terus matang, memastikan  kita melihat dunia dengan lebih luas untuk menuju akhirat yang sangat luas tiada 
berpenghujung.

Pernah saya catat pada wall Shukran Ijtihad,

“Kita hendaklah sentiasa memandang kehadapan dalam menempuh kehidupan, sesuatu yang berada di hadapan adalah sesuatu yang tidak pasti tetapi kita masih punya hak untuk membuat pilihan dan menentukan hala tuju kita sendiri.

Namun, tidak bermakna kita tidak perlu langsung memandang ke belakang. Sesuatu yang berada di belakang adalah sejarah yang kita sedia maklum telah berlaku. Sesekali memandang ke belakang dapat melatih kita untuk belajar daripada kesilapan dan mencari kekuatan sebagai pendorong semangat. (macam pandang sidemirror)”

Malam ini, genap usia saya 21 tahun, mengikut kiraan kalendar Masihi. Umur semakin bertambah, hayat semakin berkurang. Secara rasminya saya sudah dapat melaksanakan tanggungjawab saya sebagai rakyat yang menentukan halatuju Negara yang tercinta, Malaysia.

Terima kasih

Sahabat-sahabat sentiasa menjadi asbab kekuatan diri ini. Ucapan terima kasih buat rakan-rakan yang hadir memeriahkan keraian menyambut kehadiran Anis Safiyyah sebagai ahli keluarga yang baru.


Anis Safiyyah

Anis Safiyyah

Selain itu, saya juga tidak punyai apa-apa untuk dijadikan balasan buat sahabat-sahabat, rakan-rakan yang telah mengucapkan selamat hari lahir dan mendoakan diri ini. Sekadar ucapan balas terima kasih dan doa tulus ikhlas daripada teman kepada teman. Semoga Allah beri kekuatan kepada kita untuk terus tetap teguh atas jalan juang ini.

~Memimpin Gerakan, Merealisasi Perubahan~

Wallahua'lam

4 comments:

Unknown said...

anis safiyyah ni adik ke???

shukran ijtihad said...

rasa2nya??

si jari sepuluh said...

anak??tahniah :)

Unknown said...

Голые- дешевые проститутки г Киев

Я Красивая, высокая, сексапильная, обворожительная девушка! Настоящее удовольствие для настоящих мужчин! Жду звоночков! Я не знаю, что исчезнет раньше - рок-н-ролл или христианство.

Entry Popular