![]() |
pelayaran yang dilanda ombak |
Matlamat hidup
Jelaskah matlamat hidup anda? Jika tidak, anda sudah menghabiskan umur hidup anda di dunia ini dalam keadaan sia-sia. Sama-sama kita koreksi dan muhasabah semula apakah tujuan utama dan matlamat hidup kita atas muka bumi ini.
Lahirnya kita atas muka bumi bukan sekadar untuk menikmati indahnya alam semesta ciptaanNya, bahkan lebih daripada itu. Hidupnya kita atas muka bumi adalah untuk menggapai redha Allah.
Nuzul Quran
Sedar atau tidak, Ramadhan telah sampai ke pertengahannya. Hari ini genap hari ke 17 kita berpuasa. Hari ini juga umat Islam khususnya di Malaysia menyambut Nuzul Quran yang biasanya disambut saban tahun.
![]() |
petunjuk buat umat manusia |
“bulan Ramadhan iaitu (bulan) di dalamnya di turunkan Al-Quran sebagai petunjuk bagi sekalian manusia dan penjelasan-penjelasan bagi petunjuk itu dan pembeza (antara yang benar dan batil)” Al-Baqarah : 185
Ayat Al-Quran di atas jelas menyatakan bahawa Ramadhan sebagai bulan turunnya Al-Quran.
Peta Kehidupan
![]() |
panduan pelayaran |
“kalau nak tau Allah sayang kite ke tak, tanya diri kita sayang Al-Quran ke tak? Al-Quran kan surat cinta Allah, insha Allah, Allah pasti sayang orang yang sayangkan surat cinta daripadaNya”
Andai kata diri ini mencintai Allah, mencintai Rasulullah dan mencintai Al-Quran, perlu kita tanya diri kita, sejauh mana kita telah mengambil dan menjadikan Al-Quran sebagai peta kehidupan kita?
Ayat 185 daripada surah Al-Baqarah turut menjelaskan bahawa Al-Quran sebuah kitab yang mnjadi petunjuk dan pembeza antara yang benar dan yang batil. Dalam kitab yang sama, Allah S.W.t berfirman,
“inilah kitab (Al-Quran) yang padanya tidak ada keraguan dan menjadi petunjuk bagi orang yang bertaqwa” Al-Baqarah : 2
Ayat di atas turut menerangkan hal keadaan Al-Quran sebagai petunjuk yang natijah daripada petunjuk tersebut menghasilkan hamba Allah yang benar-benar bertaqwa.
Ramadhan, Al-Quran dan Taqwa
Bulan Ramadhan merupakan bulan yang telah diwajibkan kepada umat Islam untuk berpuasa padanya selama sebulan. Firman Allah S.W.T,
“wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa seperti mana telah diwajibkan kepada umat-umat sebelum kamu” Al-Baqarah : 183
Berdasarkan ketiga-tiga ayat daripada surah yang sama (ayat 2, 183 dan 185 daripada surah Al-Baqarah) jelas memperlihatkan kepada kita perkaitan antara bulan Ramadhan, kitab Al-Quran dan ketaqwaan.
![]() |
ramadhan sebagai bulan yang mulia |
Orang yang beruntung
Oleh yang demikian, sangat beruntunglah hamba-hamba Allah yang menjadikan Al-Quran sebagai peta kehidupan. Sedarlah wahai umat Islam, pelayaran kehidupan atas dunia yang terbentang di hadapan mata kita ini tidak menjanjikan suatu kepastian untuk kita sampai ke destinasi dan matlamat yang dituju melainkan kita berpegang teguh dengan PETA KEHIDUPAN.
Wallahua’lam.
2 comments:
“kalau nak tau Allah sayang kite ke tak, tanya diri kita sayang Al-Quran ke tak? Al-Quran kan surat cinta Allah, insha Allah, Allah pasti sayang orang yang sayangkan surat cinta daripadaNya”
Walaupun saya bukan islam, tetapi saya amat tertarik dengan ungkapan ayat di atas... menarik..
Moderator Blogger's Malaysia
http://dakjaat.com
bleh saya taw apa yang membuatkan awak tertarik dengan ungkapan di atas?
Post a Comment