Followers

Wednesday 31 August 2011

Aidilfitri PERTAMAku...

Bismillah

Percaya atau tidak, aidilfitri  1432 Hijrah kali ini adalah aidilfitri pertama saya? Sudah pasti ramai yang tak percaya (bersangka baik). Kenapa saya jangkakan begitu?
  1. Sebab umur saya dah 20 tahun (alasan yang paling kukuh)


Terpulang pada rakan-rakan, hak anda untuk percaya atau tidak. Hak saya adalah menulis apa yang saya rasa betul.

Pertama bersama Ahmad Thoriq Ameen

Betul tak ini adalah aidilfitri pertama saya? Mestilah betul (sendiri tanya, sendiri jawab). Aidilfitri kali ini merupakan aidilfitri pertama saya bersama adik bongsu saya yang baru sahaja menjangkau usia 7 bulan (comel gila). Walaupun hubungan kami agak kurang mesra pada awalnya dek keterbatasan masa (jarang balik rumah), namun hubungan kami bertambah mesra menjelang sahaja aidilfitri (sebab usaha sungguh-sungguh masa bulan Ramadhan).

bersama Asrina Dalila dan Ahmad Thoriq Ameen

Monday 29 August 2011

Selamat Tinggal SAYANG

Bismillah

Alhamdulilah, bersyukur pada Allah kerana masih lagi memberi kesempatan pada saya untuk menempuh Ramadhan dalam keadaan sihat dan sejahtera. Agak sebak apabila mengenangkan Ramadhan 1432 Hijrah yang terisi dengan pelbagai kenangan yang tidak dapat dilupakan.

Ramadhan Yang Sama, Natijah Yang Berbeza

Setiap yang bermula pasti akan berakhir. Setiap yang datang pasti akan pergi. Itulah yang dikatakan sebagai sunnatullah kehidupan atas muka bumi ini.

Pernah saya karang dengan panjang lebar dalam Ramadhan Kembali, menceritakan perihal Ramadhan setiap tahun yang nampak sama pada zahirnya tetapi berbeza bagi sesiapa yang menyedarinya.

Thursday 18 August 2011

Menghargai Setelah Kehilangan

Bismillah

logo rasmi GAMIS
Malam ke 19 Ramadhan disambut dengan menyertai satu program  “Pemberian Makanan Bagi Yang Memerlukan” anjuran Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (GAMIS) dan sebuah Organisasi Bukan Kerajaan (NGO) bertempat di Majid Jamek, Kuala Lumpur. Usaha menjayakan program yang melibatkan para sukarelawan dan dihadiri oleh golongan masyarakat yang kurang berkemampuan ini harus dipuji. Kesempatan yang ada pada bulan yang mulia ini harus digunakan sebaik mungkin.

Taubat Nasuha

Antara aktiviti yang berlangsung sepanjang program malam tadi ialah jamuan dan tayangan video drama, rakaman daripada stesen televisyen popular di Malaysia (TV3) yang bertajuk Taubat Nasuha lakonan Fauzi Nawawi dan Sheila Rusly.

Wednesday 17 August 2011

PETA KEHIDUPAN-Panduan Hidup

Bismillah


pelayaran yang dilanda ombak
Kehidupan ibarat satu pelayaran yang ada destinasi, tujuan dan matlamat. Andai pelayaran tanpa panduan, usah bicara soal destinasi, tujuan dan matlamat. Panduan untuk sebuah pelayaran adalah peta dan kompas. Jadi, apakah peta dan kompas untuk sebuah pelayaran yang belum diketahui kesudahannya, tetapi sudah jelas akan matlamatnya?


Matlamat hidup


Jelaskah matlamat hidup anda? Jika tidak, anda sudah menghabiskan umur hidup anda di dunia ini dalam keadaan sia-sia. Sama-sama kita koreksi dan muhasabah semula apakah tujuan utama dan matlamat hidup kita atas muka bumi ini.

Sunday 14 August 2011

34 Tahun Menerjang Badai, ISIUKM Komited Mendukung Islam

Bismillah


Alhamdulillah, masih teguh istiqamah dalam menempuh Ramadhan yang mulia. Diri ini sentiasa berdoa agar diberi ruang dan peluang untuk berada sebulan penuh bersama Ramadhan kali ini.

Tidak terlambat untuk saya ucapkan selamat ulangtahun ke 34 kepada Ikatan Studi Islam UKM (ISIUKM). Moga ISIUKM terus berdiri gagah dalam membantu menegakkan Islam di bumi UKM yang tercinta.

Perutusan Presiden




Friday 5 August 2011

Angan-angan saya

Bismillah

Alhamdulilah, syukur atas nikmat berpuasa di bulan Ramadhan. Kesyukuran juga atas kesempatan selama 5 hari berada di bulan Ramadhan, moga Allah beri peluang untuk saya menempuhi sepenuhnya Ramadhan kali ini.

Mat Jenin

semua orang berhak punyai cita-cita
Angan-angan sering dikaitkan dengan kisah Mat Jenin. Rasanya, semua orang dah maklum dengan kisah beliau (kata ganti diri yang sesuai untuk Mat Jenin). Tapi saya tetap juga mahu bercerita serba sedikit angan-angan Mat Jenin sebelum saya bercerita angan-angan Shukran Ijtihad (angan-angan sendiri).

Monday 1 August 2011

Ramadhan Kembali

Bismillah.

Alhamdulillah, doa untuk berkesempatan berada di bulan Ramadhan dimakbulkan Allah S.W.T. Apa yang pasti adalah pengharapan agar Ramadhan kali ini menjanjikan sesuatu yang berbeza.

Apa bezanya Ramadhan yang kita tempuhi?

salam ramadhan
Saban tahun kita diberi peluang dan kesempatan untuk memenuhi tuntutan rukun Islam, berpuasa di bulan Ramadhan. Hampir 14 kali saya memperoleh peluang tersebut ( tak ingat kiraan yang tepat).

Entry Popular