Followers

Monday, 1 August 2011

Ramadhan Kembali

Bismillah.

Alhamdulillah, doa untuk berkesempatan berada di bulan Ramadhan dimakbulkan Allah S.W.T. Apa yang pasti adalah pengharapan agar Ramadhan kali ini menjanjikan sesuatu yang berbeza.

Apa bezanya Ramadhan yang kita tempuhi?

salam ramadhan
Saban tahun kita diberi peluang dan kesempatan untuk memenuhi tuntutan rukun Islam, berpuasa di bulan Ramadhan. Hampir 14 kali saya memperoleh peluang tersebut ( tak ingat kiraan yang tepat).



Adakalanya, saya merasakan bulan Ramadhan yang telah berlalu tidak membawa apa-apa makna. Kadang-kadang, kita merasakan bulan Ramadhan yang mendatang langsung tidak berbeza dengan Ramadhan yang lepas. Sama sahaja pengisiannya, berpuasa sebulan, solat tarawih, bertadarus, qiamullail dan banyak lagi ibadat sunat yang biasa kita laksanakan sepanjang bulan Ramadhan.

Berbezanya Ramadhan yang bakal kita tempuhi bukan sekadar dengan pengisian amalan sunat semata-mata, bahkan siapa kita ketika berada di bulan Ramadhan.

Siapa kita?

Rata-rata umat Islam dididik untuk berpuasa ketika berumur 6 hingga 7 tahun. Saya sendiri memulakan pengalaman berpuasa seawal usia 6 tahun. Pelbagai perancangan, taktik dan strategi yang difikirkan oelh ibubapa supaya anak-anak mereka rasa seronok untuk berpuasa.

Saya turut menjadi mangsa strategi tersebut. Bermula dengan sehari 1 ringgit untuk tahun yang pertama, kemudiannya meningkat kepada sehari 2 ringgit untuk tahun yang kedua. Hal ini berterusan sehingga saya sendiri sedar akan keperluan berpuasa dan memahami akan puasa sebagai satu tuntutan. Firman Allah S.W.T yang bermaksud,

“wahai orang beriman, diwajibkan ke atas kamu untuk berpuasa, seperti yang telah diwajibkan kepada umat-umat sebelum kamu, supaya kamu beroleh ketaqwaan”, (Al-Baqarah : 183)

Suatu ketika dahulu, kita masih lagi kanak-kanak yang masih belajar memahami tuntutan puasa, kemudian kita meningkat kepada usia remaja yang masih lagi belum dibebankan dengan pelbagai tanggungjawab, dan seterusnya kita akan meningkat dewasa bersama dengan tanggungjawab yang semakin bertambah (peringatan untuk diri sendiri). Semua ini menjadikan Ramadhan yang ditempuhi saban tahun menjadi berbeza.

Harapan untuk Ramadhan kali ini.

Saya berharap agar Ramadhan kali ini menjanjikan natijah yang berbeza. Doa saya panjatkan agar diberi kekuatan untuk terus istiqamah dalam mendekatkan diri kepada Allah di samping berdoa agara diberi kesempatan untuk menempuhi sepenuhnya bulan Ramadhan kali ini.

Wallahua’lam.

5 comments:

bocahspg said...

Macam kenal ja tajuk post ni. :)
ang lupa 1 point untuk harapan tu. XD

Hamiza Hani Omar said...

pertambahan usia dan pengalaman akan lebih memaknakan ramadhan..insha Allah..

shukran ijtihad said...

awat mcm knal plak bocahspg?
insha Allah kak hamiza...

Ibn Abdullah said...

hehe, terbaiklah SU Agong kita nih....haha

shukran, ana recommend tuk nta guna pop-up comment setting pasal ia lagi user-friendly compare dgn setting yng nta guna skang ni...

shukran ijtihad said...

ibnu abdullah : ana dah tukar pada pop up, thanks...

Entry Popular