Followers

Wednesday 31 August 2011

Aidilfitri PERTAMAku...

Bismillah

Percaya atau tidak, aidilfitri  1432 Hijrah kali ini adalah aidilfitri pertama saya? Sudah pasti ramai yang tak percaya (bersangka baik). Kenapa saya jangkakan begitu?
  1. Sebab umur saya dah 20 tahun (alasan yang paling kukuh)


Terpulang pada rakan-rakan, hak anda untuk percaya atau tidak. Hak saya adalah menulis apa yang saya rasa betul.

Pertama bersama Ahmad Thoriq Ameen

Betul tak ini adalah aidilfitri pertama saya? Mestilah betul (sendiri tanya, sendiri jawab). Aidilfitri kali ini merupakan aidilfitri pertama saya bersama adik bongsu saya yang baru sahaja menjangkau usia 7 bulan (comel gila). Walaupun hubungan kami agak kurang mesra pada awalnya dek keterbatasan masa (jarang balik rumah), namun hubungan kami bertambah mesra menjelang sahaja aidilfitri (sebab usaha sungguh-sungguh masa bulan Ramadhan).

bersama Asrina Dalila dan Ahmad Thoriq Ameen


Pertama tidak solat di masjid

Kalau anda sahabat saya, anda mesti cuba untuk bersangka baik dengan kenyataan di atas (harap-haraplah). Sungguh! Memang saya tak solat sunat aidilfitri di Masjid Al-Falah, Felda Sg. Tiang. Aidilfitri kali ini menyaksikan saya bersama adik saya, Ahmad Fauzan bersolat di surau Kg. Rasau, Padang Durian. Sebab apa solat kat surau? (mahukan jawapan, sila PM saya)

bersama Ahmad Fauzan

Pertama sebagai PT

Dalam kesibukan bergembira menyambut Aidilfitri, hati ini sebenarnya teringatkan Pesta Konvo yang semakin hampir. Makan ketupat pun tak kenyang (sebab tu makan banyak). Berakhirnya Ramadhan, bermulanya Syawal, bermakna Pesta Konvo semakin menghampiri, debaran kian terasa.

Salam Aidilfitri daripada Pengurus Tadbir

Pertama sebagai SU



Ramadhan kali ini lain sikit bersama sahabat-sahabat ISI UKM. Tahun ini secara rasminya saya bergelar Al-Jubli (sebab selalu buka puasa di Surau Jubli Perak, Seksyen 4, Bangi). Gelaran yang sudah sinonim dengan senior-senior ISI UKM bila tibanya Ramadhan. Sebenarnya tak banyak yang saya nak cerita pasal SU (setiausaha) ISI UKM ni, sebab asyik sibuk dengan Pesta Konvo. Kenangan Ramadhan inilah yang menjadikan aidilfitri kali ini adalah yang pertama.


Pertama Selama-lamanya

Sebenarnya, apa yang kita lakukan di dunia ini adalah yang pertama (first time). Sebab apa? Sebab kita hidup atas muka bumi ini, perlu ada penghayatan dalam kehidupan kita. Walaupun dah 20 tahun menyambut aidilfitri, sebenarnya aidilfitri yang disambut berbeza saban tahun. Begitu juga dengan Ramadhan. Hayatilah setiap sudut kehidupan kita.


Jemput datang rumah


Inilah kuih yang ada (selagi stok masih ada)

'some parade'


almond sungai tiang


ketupat palas
inilah "my Happy Family"



3 dara pingitan (dari kanan: Asma Farhana, Siti Aishah dan Asrina Dalila)


Salam Aidilfitri daripada keluarga tersayang

Salam Aidilfitri dan Salam Kemerdekaan Malaysia ke-54

Wallahua’lam.

6 comments:

Unknown said...

seronok beraya ea... SELAMAT HARI RAYA YG KE 20... sama mcm sy... SELAMAT HARI KEMERDEKAAN YG KE 54...

shukran ijtihad said...

selamat ari raya jgak...harp dh bersdia nk masuk UKM...hehee

Anonymous said...

besau keluarha hang..hehe..mesti riuh..awat surau? :)

shukran ijtihad said...

afiq l alhamdulillah, rzki dripada Allah. awat surau, nnti aku crita kt hg...hehee

apple_pie said...

assalamualaikum...selamat hari raya....saya pun agak serupa dengan syukran..hari raya pertama bersama adik bongsu saya yang menjangkau usia hampir 6 bulan....cuma dia perempuan..puteri nurazwa...semoga berjaya dengan program konvo UKM...:)

H.F. Ahmad Said said...

assalamualaikum wbt

Gambaq kontrovesi..sorg gadis..di tengahnya juniorku..smbil mmgang sorg baby..mati2 aku ingat ang dah nikah!!

mujuq blum ag..kalu x..jeles aku..hehe..gurau ja syukran.. =]

slmat bertemu kmbali sdara seimanku..

moga terus berijtihad..mcari solusi terbaek utk ajar subjek sjarah..yg sgt "bez"..tp hakikatnya..sgt pnting (ni ucpan yg serius dr hati yg tulus, mulus & quddus).. =]

slmt berjuang ya juniori al-kiram.. =]

Entry Popular