Followers

Friday 7 October 2011

Saya MANUSIA

Bismillah

Alhamdulillah, Allah masih lagi beri peluang pada saya untuk bermain-main dengan papan kekunci. Setelah sekian lama menyepi, tak bermakna menghilang diri. Cuma diri ini ingin mencari masa yang sesuai untuk berpencak semula.

Dah abes

TAHNIAH diucapkan kepada Sekretariat Pesta Konvo Ke-39 kerana telah berjaya melaksanakan satu program yang agak besar dengan jayanya. Tak kisah la apa orang nak kata, yang penting kita terima kata-kata tersebut sebagai pemangkin semangat dan muhasabah buat diri yang bergelar manusia.

Pesta Konvo 39

Banyak cerita

Mengurus MANUSIA
Sebenarnya banyak perkara yang saya pelajari daripada Pesta Konvo. Tetapi saya tak merancang untuk menulis semuanya di sini (lagipun siapa nak baca).  Antaranya bagaimana nak mengurus sesuatu organisasi. Dan bila kita bercakap soal organisasi, sebenarnya kita bercakap soal mengurus manusia.


MANUSIA rumit

Sebagai manusia, saya kena akui yang kita ini adalah makhluk “complicated” ciptaan Allah. “complicated” kerana sistem badan, juga kerana kita punyai sesuatu yang tidak ada pada makhluk Allah yang lain. Apa ye? HATI dan PERASAAN.

Pernah saya ceritakan dalam “Printer Merajuk” tentang bagaimana konflik yang berlaku antara saya dengan sebuah mesin cetak. Mesin juga merupakan sesuatu yang rumit, tetapi tak serumit manusia. Mesin bertindak mengikut apa yang telah diprogramkan.

Ubat HATI

Berbeza dengan manusia yang punyai HATI dan PERASAAN. HATI dan PERASAAN yang tidak mampu dikawal dengan baik akan menyebabkan manusia menjadi sangat rumit.  Rasulullah S.A.W ada menyebut berkenaan hati,

“ketahuilah bahawa dalam setiap jasad itu ada seketul daging, apabila ia baik maka baiklah seluruh jasad, dan apabila ia rosak maka rosaklah seluruh jasad. Ketahuilah ia adalah hati” (riwayat  Bukhari dan Muslim)

Perlu diakui, sebagai manusia kita tak punya kekuatan untuk berhadapan segala macam cubaan dan dugaan yang sentiasa membolak-balikkan HATI dan mengusik PERASAAN. Tidak dapat tidak, kita perlu berdampingan dengan MANUSIA yang akhirnya membuahkan persahabatan atau lebih mesra dengan panggilan UKHUWWAH.

Cukup untuk kali ini, Cuma peringatan terakhir daripada saya, walaupun kita perlukan sahabat-sahabat sebagai penyokong dan pendokong kita di kala HATI dan PERASAAN tidak terkawal. JANGAN TERPERANGKAP dengan UKHUWAH.

Wallahua’lam.

2 comments:

Shukery Azizan said...

alhamdulillah.. :)

farazura said...

ada..saya nk baca cara mengurus organisasi.. =)

Entry Popular