Followers

Friday, 6 May 2011

Warkah Buat IBU

Bismillah.

Bulan Mei sering mengingatkan saya kepada suatu hari yang amat penting. Mugkin sahabat-sahabat tertanya-tanya, "Apa yang pentingnya? ce citer, ce citer". Jawapannya ialah...HARI IBU (sekali dengan birthday emak, 7 Mei).




Emak dan adik yg ke-9, Fezatul Huda
Khas buat ibu yang berada di kampung, pernah saya nukilkan satu warkah untuknya (emak tak pernah baca pun). Rasa sangat berdosa diri ini berjauhan daripada ibu. Sebagai perkongsian buat sahabat-sahabat yang punyai ibu, suka untuk saya muatkan warkah tersebut untuk ruangan kali ini.




Warkah Buat IBU.


Entah mengapa, malam ini jari-jemariku begitu teringin untuk menari-nari di atas papan kekunci komputer riba sahabatku ini....mungklin terdetik pada ruangan qalbi ini untuk menyatakan , meluahkan apa yang aku rasakan muhimmah untuk sama-sama kita renungkan....
setiap individu yang bergelar al-insan, sbelum merasai kehidupan di alam dunia, sudah pasti pernah berlabuh buat seketika di alam rahim....


Nyanyian unggas dan cengkerik menjadikan jari-jemari ini menari dengan menghayati setiap rentak dan irama nyanyian....
Aku cuba pejamkan mata untuk beberapa saat, cuba merenung dan menghayati apa yang qalbi ini cuba luahkan....jiwa hamba ini cuba untuk melepaskan diri dari perasaan runsing dan kecewa....


Aku pejamkan mata untuk kesekian kalinya....aku cuba untuk membayangkan sesuatu....dalam samar-samar kegelapan, perlahan-lahan muncul wajah seoarang insan yang sangat-sangat aku kenali....


Ibu....kenapa wajah mu muncul tika aku cuba untuk melepaskan jiwa ini dari kurungan rasa kecewa yang membelengu...
entah mengapa, jiwa ini lebih tenang, mutmainnah yang diharapkan datang perlahan-lahan memujuk jiwa....mungkin kasih ibu adalah segala-galanya....


Alam rahim yang kita singgahi menjadi bukti secebis kasih ibu pada anaknya.....
sembilan bulan bukanlah jangka masa yang sedetik dan seketika....bahkan masa yang sebegitu lama merupakan satu penyeksaan bagi jiwa yang berada dalam penantian......


Kasih ibu tidak pernah membenarkan, sekalipun membiarkan kalimah penyeksaan mengetuk pintu hati ibu....bahkan sembilan bulan yang dirasakan begitu lama bagi diri ini merupakan saat dan detik yang paling bahagia buat seoarang insan yang bergelar ibu, emak, ummi.....begitu hampirnya seorang anak dan ibunya tika berada di alam rahim....ke mana sahaja arah tujuan ibu, dibawa bersama anaknya....makan, minum dan tidur tidak menjadi penghalang kepada ibu untuk bersama anak yang dikasihi di alam rahim, bahkan belaian kasih sayang sentiasa singgah di perut ibu.....


Tempoh sembilan bulan hampir menjengah ke penghujungnya, bergolak badai dan ombak rindu seorang ibu untuk mengakhiri satu penantian yang penuh syahdu....
Akhirnya, sudah sampai waktu untuk kita menempuh alam dunia yang penuh dengan ranjau dan duri...dan buat kesekian kalinya, kasih ibu teruji, kesakitan yang dilalui untuk membolehkan kita menjenguk, melihat alam dunia tidak dapat dikongsikan bersama...hanya ibu yang mengetahui jerih payah menahan kesakitan, semata-mata untuk melihat wajah comel anak yang dikasihi.....


Setelah bergelut dengan kepayahan, terubat segala kesakitan dan kepedihan tatkala dapat mendengar tangisan bayi pengubat jiwa....merangkul erat ibu akan tubuh kecil bayi yang suci itu...
Dan, ibu sedar betapa episod pengorbanan dan kasih ibu tidak ternoktah di situ....
Betapa mulianya kasih ibu......
Ibu...


anakmu,
-shukran ijtihad-
(9 Mei 2010)




Bersama ini saya sertakan sedikit halwa mata dan telinga, Renung-renungkan...



Wallahua'lam.

3 comments:

SiZaNa said...

ada touching lah plak bace post ni smbil dgr lagu ibu ni.. SAYANG MAK SAYA JUGAK!!! ^_^

shukran ijtihad said...

siapa x sayang emak??

SiZaNa said...

hurmmm...ada gak kot..yang letak mak kat umah orang tua tue...mntk jauh lah dr sikap mcm tue..sama2 muhasabah diri...

Entry Popular