Followers

Wednesday 11 May 2011

Teh TAWAQ!!

Bismillah.

Nyaman, tenang dan indah. Ungkapan yang mampu menggambarkan suasana pagi yang menjanjikan suatu yang tidak disangka-sangka. Sedang kakak di dapur membancuh teh, ayah pula membaca kertas yang tertera padanya perkataan “Utusan”. Emak pula sedang bermain dengan adik. Keharuman air teh yang daunnya bermutu tinggi dari Kundasang dan warnanya yang agak kemerah-merahan menjadi pemangkin pada ayah untuk membasahkan tekak. Tiba-tiba, ayah NAIK angin, “Awat tawaq, mana pi gula kat rumah ni?”. Dengan bersahaja kakak menjawab, “Gula NAIK harga. 2 kupang”. “Tak pa la, maih ayah pi beli”, bicara ayah. Ayah terus mendapatkan EX 5 nya. “Awat tak naik kereta?”, soal emak yang sedang asyik bermain dengan adik. Ayah pun menyahut,”Harga petrol pun NAIK, 2 kupang jugak!”.


Naik

Pelbagai reaksi dan respon yang muncul hasil daripada perkataan NAIK. Saya merasakan bahawa perkataan ini ada auranya yang tersendiri seperti Mawi, juara AF3.

Semalam telah menyaksikan, harga gula telah NAIK daripada RM 2.10 kepada RM 2.30. Kenaikan sebanyak 20 sen ini adalah selari dengan strategi jangka panjang kerajaan untuk meRASIONALISASIkan subsidi secara berperingkat-peringkat, berdasarkan kenyataan Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Mohd Zain Mohd Dom.


Namun sejauh mana rakyat faham dengan apa yang dimaksudkan dengan RASIONALISASI. Saya sendiri tidak faham. Kenaikan harga gula ini diumumkan sejurus selepas rakyat digemparkan dengan kenaikan harga petrol RON 97 daripada RM 2.70 kepada RM 2.90, juga kenaikan sebanyak 20 sen.



Adakah cukup sekadar alasan untuk kerajaan berjimat sebanyak RM 116.6 juta? Adakah tidak ada cara lain untuk berjimat? Ke mana perginya wang yang sepatutnya disalurkan pada rakyat? Bukankah korupsi, kebocoran dan penyelewengan yang selama ini berlaku dalam kalangan pimpinan menjadi asbab utama untuk kerajaan mengambil langkah menaikkan harga dua aset penting keperluan rakyat ini (petrol dan gula)?

Kesemua soalan ini saya lontarkan pada sahabat-sahabat untuk menjawabnya. Mudah-mudahan apa yang saya catatkan kali ini dapat diperbaiki dan diperhalusi untuk kepentingan bersama.

~MASA UNTUK BERUBAH~

Wallahua’lam.

No comments:

Entry Popular