Followers

Wednesday 18 May 2011

HERO saya

Bismillah.

Manusia terutamanya kanak-kanak sering dimomokkan media dengan superhero-superhero yang mempunyai kuasa luar biasa. Tidak sekadar kuasa yang luar biasa, bahkan diiringi dengan tanggungjawab yang sangat besar, melindungi dunia dan manusia seluruhnya daripada ancaman musuh-musuh yang jahat (ada ke musuh yang baik?).


cicakman
Lalu muncullah watak-watak canggih seperti Power Ranger, Masked Rider, Superman, Batman termasuk juga hero kebanggaan Malaysia, Cicakman. Namun, perlu diingat dan diberi perhatian sepenuhnya...adakah mereka ini muncul tanpa seseorang di belakang mereka? Jawapannya...mereka muncul atas dasar kesedaran untuk menjadi insan yang berguna kepada masyarakat, negara dan agama. Kesedaran ini lah yang telah diterapkan oleh seorang insan bergelar CIKGU. (apa yang saya merepek ni)

HERO yang sebenarnya

Pada saya, CIKGU merupakan hero yang sebenarnya.

“ if a doctor makes a mistake it will kill a life...but, if a teacher makes a mistake it will kill a generation”

Nak bukti lagi ke? Hmm..memetik sebahagian daripada sajak A. Samad Said, sasterawan negara

Jika hari ini seorang Perdana    Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang Ulama yang mulia
Jika hari ini seorang Peguam menang bicara
Jika hari ini seorang Penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca

ABC

Sudah terang lagi bersuluh. Ada sesiapa ingin menyangkal pandangan saya? (harap-harap tak ada la)

Selamat Hari Guru

Semoga catatan kali ini tidak terlambat untuk saya hadiahkan kepada semua CIKGU yang pernah mengajar saya. Pada saya, CIKGU adalah insan yang selayaknya untuk menerima penghargaan ini. Mencontohi seorang tokoh agama, salah seorang daripada empat imam mazhab, Imam Syafie merupakan seorang yang sangat menghargai gurunya.

“pada suatu hari, Imam Syafie dilihat oleh anak muridnya sangat menghormati seorang arab badwi. Tidak seperti beliau bersama rakan-rakannya. Lalu bertanya anak muridnya berkenaan hal yang demikian. Lalu dijawab oleh Imam Syafie bahawa orang arab badwi itulah yang mengajar beliau untuk membezakan antara kencing anjing yang belum cukup umur dengan yang sudah matang. Maka dengan panduan daripada arab badwi tersebut, beliau dapat menyiapkan kitab beliau”


buat cikgu tersayang
Kepada cikgu-cikgu di Tabika Kemas Taman Kerian, Sekolah Kebangsaan Pendang, Sekolah Kebangsaan Sungai Tiang, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sik, Kolej Islam Sultan Alam Shah, PLKN Kem Rimba Taqwa, Kolej Mara Kulim dan pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia, tidak lupa juga kepada sesiapa sahaja yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam mendidik diri ini...SELAMAT HARI GURU!

Wallahua’lam.

No comments:

Entry Popular