Followers

Friday 3 June 2011

Puasa JUMAAT

Bismillah.

Puasa sunat merupakan amalan yang sangat digalakkan dalam Islam. Hal ini kerana setiap amalan sunat merupakan sesuatu yang diperlukan untuk menampung segala kecacatan dalam amalan fardu. Ibarat menampung kain yang koyak dengan tampalan kain yang lain. Puasa sunat untuk menampung puasa wajib sebulan Ramadhan, solat sunat untuk menampung kecacatan solat fardu lima kali sehari.



Hukum

Sebagai umat Islam, kita dilarang untuk bertaqlid (mengikut secara tidak tahu atau tanpa ilmu) dalam beribadat. Lalu timbul persoalan berkenaan puasa pada hari Jumaat, sama ada puasa sunat atau puasa qadha. Tambahan pula, 1 Rejab pada tahun ini jatuh pada hari Jumaat.


Di dalam mahzab Syafie, hukum berpuasa sunat pada hari Jumaat tanpa disertakan puasa sunat pada hari Khamis atau puasa sunat pada hari Sabtu adalah makruh.

Dari Muhammad bin Abbad bin Ja’far, “Aku pernah bertanya kepada Jabir: Adakah Nabi melarang berpuasa sunat pada hari Jumaat? Jabir menjawab: Ya." (HR Muslim).

Dari Juwairiah, “Bahawa Rasulullah SAW masuk kepada saya pada hari Jumaat sedang saya berpuasa. Maka sabdanya: “Adakah engkau sudah berpuasa kelmarin? Saya menjawab:Tidak. Sabdanya: Adakah engkau akan berpuasa esok? Saya menjawab: Tidak.  Baginda bersabda: Hendaklah engkau berbuka.” (HR Bukhari)
                                                                
Nabi bersabda, “Hari Jumaat itu adalah hari Eid (hari raya), maka janganlah jadikan Eid kamu itu sebagai hari kamu berpuasa, kecuali kamu berpuasa sebelumnya atau sesudahnya.” (HR Ahmad)

Dari Abi Hurairah r.a, Rasulullah SAW bersabda: “Janganlah kamu berpuasa pada Jumaat, kecuali bersama satu hari sebelumnya atau satu hari sesudahnya." (HR Muslim).

Di sini saya sertakan satu link yang menjawab persoalan hukum puasa pada hari jumaat,


Wallahua’lam.

2 comments:

aku said...

Tq utk info...

shukran ijtihad said...

sama2...sekadar perkongsian

Entry Popular