Followers

Wednesday 8 June 2011

BODOHnya aku!!

Bismillah.

Satu temu bual berlaku antara seorang wartawan dengan seorang ketua kampung bersebelahan stesen minyak Petronas,


Wartawan          : Assalamualaikum pak cik.
Ketua kampung : Waalaikumsalam, ada apa yang boleh saya bantu?
Wartawan          : Saya wartawan dari stesen TV terkenal, nak temu bual pak cik. Pak cik ketua kampung kat sini kan?
Ketua kampung : Oooo...patutla, siap ada mikrofon dengan kamera lagi. Ya saya, dah 20 tahun saya jadi ketua kampung kat sini.
Wartawan          : Lama juga tu. Kiranya, pak cik ni memang dah familiar sangat-sangat la dengan kawasan kampung ni?
Ketua kampung : Familiar tu menatang apa? Lebih kurang macam popular ka? Kalau popular tu memang la, bukan setakat kampung ni, kampung sebelah pun kenal pak cik.
Wartawan          : (nak tergelak) Betul la tu pak cik. Sekarang kerajaan telah menaikkan tariff elektrik. Jadi apa pandangan pak cik mengenai gajah yang terlepas daripada zoo?
Ketua kampung : (tak faham soalan, tetapi cuba menjawab demi menjaga reputasi sebagai ketua kampung) Ya ka, saya rasa zoo tu tak mampu nak bayar elektrik kot
Wartawan          : (ketawa terbahak-bahak sambil meninggalkan ketua kampung) HAHAHAAAA
Ketua kampung : (terpinga-pinga, bingung dan bengong)


Pengajaran

Perbuatan berlagak pandai demi menjaga reputasi dan status semata-mata menyebabkan kita akan kelihatan bodoh. Seandainya kita tidak mengetahui sesuatu perkara, jangan cuba untuk berbicara kononnya hendak menyembunyikan kebodohan, tetapi akhirnya kebodohan tersebut terserlah  jua.(terutamanya PEMIMPIN, don' try this at home, jangan berlagak pandai, akhirnya anda jadi bodoh)

Wallahua’lam 

No comments:

Entry Popular