Followers

Sunday 5 June 2011

Sudah 20 tahun, lagi...

Bismillah.

Semalam genap umur ini 20 tahun berdasarkan kalendar masihi. Puas jari-jemari ini membalas ucapan “sanah helwah”, “selamat hari lahir”, tidak kira sama ada melalui Facebook, SMS dan pelbagai bentuk media yang wujud. Segala doa yang dipanjatkan, ucapan AMIN YA RABB saya lafazkan. TERIMA KASIH yang tidak terhingga buat sahabat-sahabat yang sudi meluangkan masa barang sebentar untuk mengingatkan saya kepada hidup yang sementara ini.


Tidak sedar

Sedar atau tidak, kenyataan harus saya terima. Diri ini sudah menjangkau 2 dekad berada di atas muka bumi Allah. Walaupun mungkin telah mengenal serba sedikit dunia ini hanya untuk belasan tahun selepas ditolak umur sebelum mumayyiz dan aqil baligh.

Sebenarnya kehidupan ini sangat sementara. Sejujurnya saya katakan bahawa tidak mampu untuk saya ingat kembali setiap sesuatu yang berlaku pada diri ini sejak berpijak di dunia. Sedangkan setiap amalan kita akan dihisab dan dipersoalkan di hadapan Allah S.W.T suatu ketika nanti. Ya Allah, berilah kekuatan buat hambaMu ini untuk menempuh saat itu, saat di mana lidah tidak mampu berkata-kata dan hanya anggota tubuh yang lain menjadi saksi.

Umur dan hayat

Teringat kata-kata ustaz, “umur semakin bertambah, bermakna hayat semakin berkurang”. Ya, kita tahu umur kita sedangkan kita tidak tahu hayat kita. Tidak seperti makanan yang ada tarikh luputnya. Dan perlu diingat, setiap langkahan kita sebenarnya menuju arah KUBUR.



Kesempatan ini saya cuba mengingatkan diri, atas kesedaran yang lahir daripada ucapan sahabat-sahabat. Mudah-mudahan hayat ini sentiasa ISTIQAMAH dalam jalan mencari keREDHAAN ALLAH S.W.T.

Wallahua’lam.

2 comments:

maya shakila said...

Imam Al-Ghazali pernah berkata " Cara hidup kita di dunia adalah bayangan cara kehidupan kita di Akhirat nanti ".

shukran ijtihad said...

btul2...duni ini ada lah ladang akhirat...hasilnya adalah untuk akhirat..thanks

Entry Popular