Followers

Friday 10 June 2011

MALAM PERTAMA. Satu jam cukup ka?

Bismillah.

Alhamdulillah. Rasa syukur yang tidak terhingga atas segala nikmat kurniaan Allah. Masih diberi kekuatan dan upaya untuk menggerakkan jari-jemari ini di atas papan kekunci untuk menterjemahkan sebuah kisah hidup yang penuh suka duka sebagai tatapan buat sahabat.

Malam Pertama

Malam ini (10/6/2011, Jumaat) merupakan malam pertama yang sangat dramatik bagi saya. Hampir ditinggalkan keseorangan di rumah menjadikan saya berasa sangat teruja. Ya, teruja untuk menempuhi malam pertama.


Sejurus memberi salam kedua, menyempurnakan tanggungjawab sebagai hamba, saya terus bergegas ke Seksyen 7, Bandar Baru Bangi. Mengejar 9.15 malam, bersaing dengan jarum jam tangan saya yang tidak pernah berputus asa. Akhirnya saya menjejakkan kaki di Pusat Tusyen Sukses, tempat yang menjadi saksi buat diri ini yang pertama kalinya secara rasmi bergelar cikgu.Ini link facebook pusat tuisyen tersebut,




Sejarah

Berbekalkan persediaan yang tidak seberapa dek kekangan masa dan tanggungjawab yang lain, saya rasa tidak sabar untuk menghadapi malam pertama yang menjanjikan sesuatu yang cukup mencabar, walaupun jangkaan masanya sekadar satu jam.

Faris, Aziz, Adam dan Fatin menjadi mangsa malam pertama saya. Wajah ceria dan semangat mereka yang baru sahaja selesai berhadapan dengan Geografi, membuatkan saya bertambah semangat untuk mengerjakan mereka dengan Sejarah, subjek yang sangat penting pada kita sebagai manusia untuk menempuh kehidupan yang mendatang.

Meminjam kata-kata George Santayana, seorang ahli falsafah (bukan plastik sampah ye),

“mereka yang melupai SEJARAH pasti akan mengulanginya”

Bermula dengan kisah pengasasan Melaka terus kepada saat kegemilangan Melaka, kata-kata demi kata-kata saya lontarkan. Cuma yang menjadi kebimbangan apabila melihat anak bangsa hari ini disekat hebat untuk mendapatkan fakta dan informasi yang tepat terutamanya berkenaan sejarah melalui sukatan pelajaran yang bersikap berat sebelah. Untuk Fatin, saya tidak sempat menyelusuri keseluruhannya topik Kerjasama Antara Kaum ke arah Kemerdekaan, Bab  4 sukatan  Sejarah Tingkatan 3.


Tugasan diberikan bagi menguji kefahaman. 10.15 malam menjadikan anak-anak murid saya bertambah riang, tidak sabar untuk pulang ke rumah.

Bersama Pengurus

Anak mata saya mengiringi kepulangan mereka. Sebaik saya melangkah keluar daripada bilik darjah, saya bersua muka dengan pengurus pusat tusyen tersebut. Awal bicara diisi dengan sembang-sembang berkaitan dengan cara mengajar Sejarah yang berkesan. Memang tidak dapat dinafikan, ramai yang bersependapat bahawa Sejarah merupakan subjek yang menjemukan, disertai dengan cara pembelajaran yang tidak menarik menjadikan ianya lebih bosan. Lalu, beberapa resolusi kami perolehi, nak tak nak, cara pembelajaran yang berbeza (tidak seperti yang didedahkan di sekolah) seperti penggunaan ‘time frame’ (kerangka masa) dan ‘mind map’ (peta minda) menjadi pilihan kami.

Sembang-sembang kami menjadi semakin rancak, tidak lagi berkisar soal teknik mengajar. Perihal kisah hidup pengurus saya, menjadi bukti perlunya kita kepada bekalan untuk akhirat. Umat Islam hari ini telah jauh daripada 2 perkara peninggalan Rasulullulah, Al-Quran dan As-Sunnah. Sabda Nabi,

“Sesungguhnya telah aku tinggalkan kepada kamu sekalian rujukan yang jika kamu berpegang tegu dengan kedua-duanya,nescaya kamu tidak akan sesat selamanya-lamanya iaitu Kitab Allah dan Sunnah RasulNya”


Sangkut di tengah jalan

Jam di tangan menunjukkan pukul 11.30. Mata saya sudah tidak mampu untuk melihat dunia seluasnya. Saya pun bergerak pulang ke rumah dalam keadaan yang gembira walaupun agak kepenatan. Dalam perjalanan pulang, saya terlihat kilauan cahaya lampu biru dan merah, serta terdapat banyak kereta dan motorsikal yang berkumpul.

Argh!! Road block plak...saya dengan tenang cuba utnuk melepasi sekatan tersebut. Namun, sudah ditakdirkan jodoh saya untuk bertemu dengan polis pada mala mini. Kilauan lampu suluh seperti memanggil-manggil saya. Saya pun mampir ke kaki jalan. Kad pengenalan dan lesen diserahkan.


Saya tidak berjaya mempamerkan cukai jalan. Saya menceritakan segalanya kepada polis berkenaan cukai jalan saya. Lalu borang saman pun diisi. Entah apa hikmahnya pada malam ini? Redha. Mungkin akibat melengah-lengahkan urusan cukai jalan punca saya di saman. (lepas ni kena selesaikan urusan cukai jalan dan saman sebelum 18/7, sahabat-sahabat tolong ingatkan ye).

Sampai di rumah dalam keadaan yang bercampur baur perasaannya. Gembira, penat dan kecewa. Dah macam rojak pula. Tambah-tambah bakal menempuh mimpi berseorangan.

Wallahua’lam.

5 comments:

sweet mimie said...

wah dh keje..keep it up.gd luck

wanssyafawani said...

aishh...cmny leyh kna saman abg shukran??

shukran ijtihad said...

tba2 je kna saman...ingat kn bleh lpas gitu je...hehee

rahmahmokhtaruddin said...

Alahai, kena saman pula. Pastikan sejarah ini tidak berulang ya, cikgu? :)

shukran ijtihad said...

insha Allah sejarah ni tak berulang...lagipun dalam proses untuk buat cukai jalan yang hilang...cikgu tuisyen..

Entry Popular