Followers

Tuesday, 26 April 2011

Apa yang SERONOKnya??

Bismillah...

Surah Al-Asr dan tasbih kafarah manjadi penutup untuk usrah pada hari ini. Usrah kali ini menjanjikan satu kelainan apabila dapat mengumpulkan sahabat-sahabat muslimin segenerasi (walaupun tidak semua dapat menghadirkan diri disebabkan komitmen masing-masing) setelah sekian lama terpisah dek kerana tembok masa yang memisahkan (exam).



Alhamdulillah, segalanya berjalan dengan lancar apabila sandaran pengharapan kita hanya pada Allah. Seorang demi seorang sahabat sampai di rumah menyebabkan hati ini semakin meronta kegirangan, tidak sabar untuk berusrah bersama sahabat-sahabat. Bermula dengan sesi berkenalan, masing-masing menunjukkan riak wajah gembira...ada yang cuba berjenaka dan bersenda gurau, disambut pula dengan gelak tawa...alangkah indahnya.

Ketibaan Ustaz Nushi disambut dengan huluran tangan, berjabat mesra. Senyuman ustaz membuatkan kami semakin bersemangat untuk meneruskan aktiviti . Pendahuluan yang sangat menarik apabila persoalan “Apa yang seronoknya bila berjemaah?” dibangkitkan oleh ustaz. Kami semua tercengang dan ada yang tersenyum, mungkin ada jawapan disebalik senyuman yang terukir (entah ada, entah tidak).

Komentar ustaz disusuli dengan beberapa penerangan atau penjelasan yang saya kira cukup menarik untuk dikongsikan di sini...
1.       Rasa seronok timbul apabila kita faham, faham dalam erti kata mengetahui sebab utama kita berjemaah. Adakah sekadar ikut-ikutan  (menurut ustaz, ni memang perangai orang Melayu)? Atau atas dasar kesedaran kita akan kepentingan berjemaah?
2.       Sedar atau tidak, hari ini kita terlalu dihujani pelbagai istilah bahasa Arab seperti ta’aruf, tafahum, takaful (rukun-rukun usrah, ustaz panggil “3 Ta”), hingga menyebabkan kita kurang menghayati sesuatu yang tersirat disebalik istilah-istilah tersebut.
3.       Keseronokan mudah hilang dalam kalangan remaja hari ini, termasuk kita, sebagai pendokong dan pejuang Islam. Rata-rata adalah disebabkan faktor MATANG SEBELUM USIA. Betul, kadang-kadang kita tidak melayan jiwa muda kita...kita terlalu serius dalam kehidupan hingga memaksa diri ini MATANG SEBELUM USIA, akhirnya kita akan bosan dengan kehidupan.
4.       Asas dalam jemaah ialah UKHUWWAH. Saya setuju dengan apa yang diutarakan, hubungan yang terbina atas dasar Islam dan Iman menjadi asas kepada kekuatan sesebuah jemaah. UKHUWWAH pula sangat berkait rapat dengan apa yang disebutkan ustaz sebagai 3 Ta.

Akhir bicara, ustaz mengingatkan kami untuk menggunakan sebaik mungkin kehidupan sebagai pelajardan dapatkan keSERONOKan berjemaah. Pada ustaz, tidak ada saat paling indah dalam kehidupan berjemaah ini selain daripada sewaktu kita ini masih bergelar PELAJAR atau MAHASISWA. Binalah UKHUWWAH. UKHUWWAH FILLAH ABADAN ABADA.


Wallahua’lam.

2 comments:

Waldan Rais said...

teringat kata2 ustz..ada ukhwah yg terbina lebih hebat daripada erti sebuah perkahwinan..huhu

diarykami said...

'kena' buat atau 'nak' buat..mana satu pilihan hati..(",)

Entry Popular