Followers

Tuesday 12 April 2011

Bulan dan Neraca

Bismillah.

Cabaran pemuda hari ini bukanlah untuk mendapatkan bekalan makan yang cukup, bukan juga untuk menempuh jerih perih kesusahan dalam kehidupan...bahkan, cabaran buat pemuda hari ini ialah untuk mendapatkan sumber maklumat yang boleh dipercayai dan tidak mempunyai unsur-unsur perbandingan yang melampau sehingga menimbulkan salah faham dalam kalangan pemuda hari ini.


Dunia hari ini juga menyaksikan pelbagai wadah dan medium yang sedia ada sebagai saluran maklumat...hanya kebijaksanaan menjadi NERACA untuk pemuda hari ini menilai baik buruk sesuatu perkara atau maklumat...andai doktrinisasi telah membarah dalam pemikiran, agak sukar untuk mendapatkan keputusan yang tepat dalam membuat timbang tara.



Sekiranya kebijaksanaan tidak dapat menjadi NERACA yang sebaiknya, hanya BULAN yang diharapkan untuk menerangi malam yang gelap gelita...pencerahan sangat penting buat pemuda hari ini...penting untuk menimbulkan kesedaran seterusnya membangkitkan semangat lantaran mewujudkan keberanian dalam menuntut kebenaran dan hak.






Justeru, PAPAN KEKUNCI akan mencuba sedaya upaya dan sebaik mungkin untuk menjadi wadah dalam proses pencerahan umpama BULAN mengambang yang menerangi malam yang gelap gelita, seterusnya dapat menggunakan kebijaksanaan sebaik mungkin sebagai NERACA dalam menilai sesuatu.



Wallahu a’lam.

No comments:

Entry Popular