Followers

Saturday 23 April 2011

CINTA di Bagan Lalang [1]

Bismillah...

Tersesat!

Tayar pecah!

Bermalam di surau awam!

Hmm....mesti ramai yang tertanya-tanya, apa yang terjadi?

Segala-galanya hanya berlaku pada malam yang sama. Tujuan asal adalah untuk meninjau-ninjau tempat yang dipanggil Bagan Lalang.


Pantai Bagan Lalang

Pertama kali diberi amanah untuk menjadi ketua pengarah aktiviti yang bertujuan untuk merapatkan ukhuwah, rasa diri ni tak mampu nak beri komitmen yang sebaiknya dek kerana tanggungjawab yang lain...namun saya gagahkan  diri untuk menerima amanah tersebut. REDHA...

Rasa bersalah menyelubungi diri apabila tidak ramai sahabat-sahabat yang memberi respon positif untuk menghadiri program tersebut. Adakah saya tidak melaksanakan tanggungjawab dengan sebaiknya...adakah saya tidak ikhlas...huh, keluhan kecewa dilepaskan...lafaz ASTAGHFIRULLAH turut mengiringi keluhan tersebut.

Sebaik pulang dari satu perjumpaan, terdetik di hati kecil ini untuk membawa diri ke seksyen 16, Bandar Baru Bangi...PASAR MALAM, tempat untuk saya salurkan wang ringgit, menjadi salah seorang daripada punca rezeki peniaga pada petang tersebut...dua bungkus makanan dibawa pulang untuk dinikmati bersama sahabat-sahabat teman serumah.

Sampai sahaja di rumah, sofa empuk terus menjadi tumpuan utama saya untuk merehatkan diri. TIBA-TIBA...saya dapat rasai satu getaran, bukan lagu GETARAN JIWA dendangan P. Ramlee, tetapi getaran daripada satu objek lusuh, penuh kesan calar berjenama Sony Ericsson...satu mesej menerjah masuk ke peti mesej telefon bimbit saya, “Jom ke Bagan Lalang, tengok-tengok tempat”.


Saya berfikir sejenak, kalau ikutkan hati, nak sangat berehat...tetapi UKHUWWAH mengatasi segalanya...satu-satu butang telefon bimbit ditekan,” Insha Allah, mai rumah dulu, makan-makan...pastu kita gerak”.

Kereta yang berjasa
WHF 9** menyusur laju memasuki simpang menuju ke rumah...Fattah, Afif, Al-Amin,(bukan nama sebenar) seorang demi seorang keluar dari sebuah jentera buatan Malaysia, Proton Wira, masuk ke rumah...selesai sahaja menunaikan solat Isyak, kami terus menaiki jentera tersebut untuk memulakan satu PERJALANAN...perjalanan yang akan mengubah segala-galanya...




[Bersambung...] 

No comments:

Entry Popular