Followers

Thursday 26 January 2012

Mencari sesuatu yang hilang

Bismillah

Rasanya, hampir 2 bulan saya tidak menjenguk dan mengemas ruangan blog saya ini. Saya harap agar rakan-rakan yang follow blog saya tidak kecewa dengan apa yang telah berlaku, dan sejuta kemaafan dipohon pada yang berkenaan.

Bukan malas

Pada awalnya, blog saya ini sudah sekian lama tidak terusik disebabkan agak sibuk dengan peperiksaan dan beberapa tanggungjawab yang perlu dilunaskan. Tetapi, bila dah lama tak menaip, dah lama tak mengarang, perasaan malas mulai datang.

Adakah ini yang hilang?


Kadang-kadang ada juga sahabat-sahabat yang mengingatkan untuk update sebarang entry. Macam-macam alasan yang saya bagi. Tidak ada idea, tak sempat dan alasan paling teruk adalah, nak tukar template.

Sebenarnya, template lama blog saya agak serabut dan warna yang kurang menarik (komen daripada peminat). Jadi, saya cuba mencari beberapa template yang ringkas. Akhirnya, default template yang menjadi pilihan.

Mudah dan memudahkan

Siapa yang suka kepada perkara yang berserabut dan menyusahkan? Saya suka perkara yang ringkas dan mudah, dalam erti kata lain “user friendly”.

Saya merasakan, sudah sampai masanya untuk saya mengambil kira akan kemudahan follower atau sesiapa sahaja yang membaca blog saya. Insha Allah, kalau kita sentiasa berusaha memudahkan orang lain, Allah akan membantu kita dalam memudahkan segala urusan kita.

Istiqamah adalah susah

Kadang-kadang kita terlupa satu perkara yang amat penting dalam setiap tindakan dan amalan kita. Istiqamah, seberat sebutannya.

Adakah ini yang dicari?

Kesukaran dan kesulitan dalam usaha untuk istiqamah bagi setiap amalan dan tindakan (termasuk update blog) akan muncul apabila kita sudah hilang tumpuan dan lupa akan tujuan asal kita (niat).

Berbalik semula kepada persoalan niat. Untuk istiqamah, niat dan tujuan asal dalam setiap tindakan dan amalan perlu jelas.  Mohon rakan-rakan doakan agar saya sentiasa istiqamah menggunakan medium blog ini untuk tujuan meniggikan kalimah Allah.

Wallahua’lam

5 comments:

Anonymous said...

semoga sama-sama istiqomah :) aminnn ya rabb~

shukran ijtihad said...

insha Allah afiq...amin

Hamiza Hani Omar said...

selamat meneruskan jihad pena..~

Unknown said...

ORG POPULAR... bz lah slalu...

http://www.mohdfaizulosman.blogspot.com/2012/01/bumi-cinta.html

shukran ijtihad said...

faizul : mna ada popular, biasa2 ja
kak hamiza : insha Allah!

Entry Popular