Followers

Saturday 28 January 2012

Biar TERPAKSA, asalkan IKHLAS

Bismillah


Alhamdulillah, hari ini seharian saya mengembara bersama keluarga mengelilingi sebahagian daripada negeri Jelapang Padi.


Bukan sekadar perjalanan kosong, bahkan perjalanan menghantar para pejuang berjihad di medan perbukitan ilmu. Bermula dengan melawat adik kelima saya, Asrina Dalila yang sedang belajar di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Pendang. Seterusnya kami sekeluarga menuju ke utara Kedah Darul Aman, daerah Kubang Pasu. Dua orang lagi pejuang yang dihantar adalah Ahmad Zaid Aslam, pelajar tingkatan satu Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI) Kubang Pasu dan Asma Farhana, pelajar tingkatan empat Sekolah Menengah Sains (SMS) Kubang Pasu.

Adik-adik riang di SBPI Kubang Pasu


Memang suka berjalan pun

Abang yang bangga dengan adik-adiknya

Mendaki tangga kejayaan

Teman seperjuangan adik saya

Asrama SMS Kubang Pasu


Mujur kedua-dua mereka bersekolah di daerah yang sama. Sekurang-kurangnya dapat meringankan sedikit tugas ayah saya untuk menghantar mereka. Rasa keberatan untuk meninggalkan rumah terpancar melalui raut wajah mereka. Inilah yang dikatakan sebagai ujian dalam menuntut ilmu.


Rasa terpaksa bukan alasan


“Aku tak nak buat baik, rasa terpaksa. Nak buat baik kena ikhlas”


“Aku rasa belum sampai masanya untuk aku menutup aurat dengan sempurna”


“Tak nak la aku solat kat masjid, nanti orang kata aku hipokrit, rasa terpaksa pun ada”


Inilah beberapa bentuk dialog atau ungkapan yang sering hinggap ke cuping telinga kita. Sesiapa yang tak pernah mendengar luahan-luahan sebegini mungkin tinggal dalam keadaan atau suasana yang sempurna (biah solehah).


Rasa terpaksa kerap kali menjadi alasan bagi sesiapa sahaja yang cuba berdolak-dalih daripada melakukan transformasi pada diri mereka.


Menunggu IKHLAS


“Aku nak tunggu ikhlas, baru aku berubah”


Sampai bilakah kita hendak menunggu kehadiran ikhlas dalam ibadat kita? Selagi kita tidak cuba menempuh rasa terpaksa dalam beribadah, selagi itulah rasa ikhlas tidak akan muncul.


Untuk melakukan kebaikan dan kebajikan memang banyak halangan dan dugaannya. Antaranya adalah bisikan syaitan yang sering mengajak kita bermain tarik tali, menunggu kehadiran ikhlas tanpa kita bertindak, menjadikan keterpaksaan sebagai satu tembok besar yang menghalang kita untuk bertindak.

Adakah ini pintu keterpaksaan?


Ingat rakan-rakan, ikhlas akan datang selepas kita bertindak, memulakan langkah awal untuk melakukan kebaikan dan kebajikan. Sudah menjadi kelaziman bagi insan yang baru melangkah untuk menempuh rasa payah dan susah, inilah yang digelar sebagai PINTU KETERPAKSAAN.


Capai keIKHLASAN melalui pintu keTERPAKSAan.


Wallahua’lam

No comments:

Entry Popular