Hari ini merupakan hari ketiga saya meluangkan masa cuti saya bersama keluarga tersayang. Cuti yang singkat kali ini akan diisi sebaik mungkin bagi memastikan ianya cuti yang berkualiti. Saya telah menyenaraikan beberapa perkara yang mesti diselesaikan dalam jangka masa cuti yang cukup singkat ini. Antaranya :
1. Luangkan masa secukupnya dengan keluarga
2. Membaca buku (beberapa buah buku yang terpilih)
3. Berjumpa kawan-kawan (kalau berkesempatan)
4. Update blog (berkongsi apa sahaja dengan rakan-rakan)
![]() |
Ahmad Thoriq Ameen dalam van |
Semua dah kahwin
Permulaan cuti kali ini menyaksikan 3 pasangan pengantin baru berjaya diijabkabulkan. Ketiga-tiga mereka adalah abang dan kakak sepupu saya.
![]() |
Kali pertama menyaksikan akad nikah |
Melihat sepupu-sepupu yang dah berkahwin mengingatkan saya kepada zaman kanak-kanak. Rasa macam baru sahaja meniggalkan zaman kanak-kanak. Mujurlah yang berkahwin tu bukan daripada generasi saya, mereka daripada generasi yang memang dah patut kahwin pun. Bagi generasi atau lapisan saya, tunggu dan lihat siapa antara kami yang akan berkahwin dahulu.
Kali pertama
Siapa sangka, hari ini juga menyaksikan kali pertama saya menjejakkan kaki ke Hospital Sultanah Bahiyyah, Alor Setar. Bukan melancong tetapi melawat emak saudara yang baru selesai menjalani pembedahan.
Menziarahi orang sakit menjadikan kita lebih bersyukur atas nikmat kesihatan yang Allah kurniakan pada kita.
![]() |
Pemandangan daripada blok wad |
![]() |
Salah satu wad yang ada |
![]() |
Adik-adik saya di luar hospital |
![]() |
Saya dan adik-adik |
Islam menuntut perpaduan
Saya memulakan cuti dengan menyelak helaian lembaran kitab karangan Sa’id Hawwa, Memahami Prinsip-Prinsip Amal Islami. Sa’id Hawwa merupakan seorang tokoh ulama yang tidak asing lagi bagi sesiapa sahaja yang bergelumang dalam gerakan Islam. Beliau berintima’ dalam jemaah Ikhwanul Muslimin. Saya sertakan beberapa link yang sesuai untuk rakan-rakan mengenali lebih dekat tokoh ulama ini :
![]() |
Sa'id Hawwa |
http://ulama-amilin.blogspot.com/2008/07/syeikh-said-hawwa.html
http://dakwah.info/biografi/mengenang-syeikh-said-hawa/
Walaupun masih dalam perjalanan menghabiskan bacaan buku tersebut (Memahami Prinsip-Prinsip Amal Islami), namun terdapat beberapa perkara yang suka untuk saya kongsikan bersama. Pelajaran Ke-2 daripada kitab ini ada menyenaraikan beberapa faktor atau punca perpecahan umat Islam.
![]() |
Buku yang dibaca |
Antaranya, manusia berpecah apabila mula melupakan ayat-ayat dan wahyu yang diturunkan Allah. Lupa tidak sekadar bermaksud hilang daripada hafalan, tetapi lebih kepada sejauh mana umat Islam hari ini tidak mengamalkan dan tidak melaksanakan setiap perintah dan tuntutan yang terdapat dalam Al-Quran. Umat Islam hari ini lebih suka mengamalkan ayat Al-Quran dan perintah yang terkandung dalam Al-Quran mengikut kehendak nafsu. Firman Allah yang bermaksud,
“…tetapi mereka sengaja melupakan sebahagian daripada apa yang mereka diberi peringatan dengannya; maka Kami timbulkan antara mereka permusuhan dan kebencian…”
Surah Al-Maidah : 14
Semua suka perpaduan
Kalau ditanya pada seribu orang, “siapa yang suka kepada perpaduan?”, pasti seribu orang tersebut dengan yakinnya menjawab, “Saya!”. Memang fitrah manusia dicipta dalam keadaan mencintai kebaikan termasuklah perpaduan.
Perpaduan yang dicari tidak akan dijumpai selagi kita asyik melaungkan slogan-slogan berbaur perkauman dan yang seangkatan dengannya. Perpaduan umat Islam hari ini adalah pada dasarnya, aqidah. Aqidah bukan sekadar beriman dengan kewujudan Allah, bahkan melaksanakan setiap tuntutan dan hukum Allah serta meninggalkan setiap laranganNya.
Wallahua’lam
5 comments:
mula2 cerita pasal kahwin yeea..uhmm..apa-apapun selamat bercuti..
mukadimah je tu
Biasalah.gaya penarik pembaca
Biasalah.gaya penarik pembaca
en shukran nk suh kiter semua doakn dyer bertemu jodoh cpt2 r tu
Post a Comment