Followers

Sunday 4 December 2011

ISIUKM di persada NASIONAL

Bismillah


Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS)


26 November 2011 iaitu hari Jumaat yang lepas telah menyaksikan pertukaran barisan kepimpinan Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS). Peralihan pucuk pimpinan melalui sistem syura ini telah diumumkan secara rasmi semasa Muktamar Tahunan GAMIS yang berlansung selama 2 hari pada 25-26 November 2011.


Akram Ikrami (Presiden GAMIS 11/12)


Ahmad Syazwan (Presiden Gamis 10/11)




Pada muktamar kali ini, barisan kepimpinan sesi 2010/2011 yang diketuai oleh Saudara Ahmad Syazwan Mohd Hassan (Universiti Malaya) telah menyerahkan baton kepimpinan untuk sesi kali ini kepada Saudara Akram Ikrami Bin Taib Azamuddin, mahasiswa Kolej Univeristi Islam Selangor (KUIS).



Kami yakin, pemilihan Saudara Akram Ikrami sebagai Presiden GAMIS bagi sesi 2011/2012 adalah tepat dan sesuai terutama bagi menyahut cabaran gerakan mahasiswa abad moden yang menuntut kepada suatu sosok kepimpinan mahasiswa yang matang dan berwibawa.
Kami di peringkat Ikatan Studi Islam UKM mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan takziah kepada barisan kepimpinan sesi 2011/2012 yang telah dipilih dari pelbagai kampus di Malaysia untuk mengetui barisan hadapan gerakan mahasiswa abad moden ini.


Ucapan Tahniah Buat Majlis Tertinggi ISIUKM


Ikatan Studi Islam UKM (ISIUKM)


Saya selaku Setiausaha Agung Ikatan Studi Islam UKM (ISIUKM), mewakili kesemua saff kepimpinan ISIUKM dan ahli-ahli persatuan mengucapkan tahniah kepada tiga orang ahli majlis tertinggi ISIUKM di atas penerimaan taklifan dan amanah sebagai ahli Majlis Tertinggi GAMIS sekaligus menyertai barisan kepimpinan GAMIS sesi 2011/2012.
Antara ahli Majlis Tertinggi ISIUKM yang dilantik ialah:


1. Presiden ISIUKM, Muhammad Hafizan Abd Hamid – Setiausaha Agung GAMIS
2. Timbalan Bendahari ISIUKM, Fatmawati bt Abdin – Timbalan Bendahari GAMIS
3. Pengerusi Lajnah Tarbiyah dan Kepimpinan ISIUKM, Muhamad Azan bin Safar – Pengerusi Majlis Tarbiyah dan Kepimpinan Nasional (MTKN) GAMIS






Pemilihan ini telah menjadi suatu penghormatan besar buat ISIUKM kerana telah memberi kepercayaan kepada 3 orang MT ISIUKM untuk turut berada dalam saff kepimpinan sesi ini. Hal ini secara tidak lansung telah membuktikan bahawa ISIUKM adalah platform yang terbaik buat mahasiswa untuk melatih sifat kepimpinan sehingga akhirnya diiktiraf di peringkat nasional.


ISIUKM Menyokong Penuh Hasrat GAMIS


Dalam perutusan Presiden GAMIS sesi 2011/2012, Saudara Akram Ikrami telah menggariskan 7 idea utama ke arah memacu GAMIS menjadi front atau gerakan mahasiswa yang terkehadapan iaitu:
1. Kemurnian akhlaq
2. Keseimbangan (At-Tawazun) diantara Tarbiyah, Dakwah dan Siasah
3. Memperkasa Media Penerangan dan Perhubungan
4. Kesatuan Gerakan Mahasiswa
5. Memasyarakatkan GAMIS
6. Serikandi Gerakan Muslimat Muda (SIGMA)
7. Kesatuan yang membina ketumbukan gerakan mahasiswi


ISIUKM memberi jaminan akan terus menyalurkan sokongan padu buat barisan kepimpinan GAMIS bagi melaksanakan keseluruhan idea di atas dengan kesediaan untuk menyalurkan tenaga sumber manusia, gagasan idea dan pengalaman, serta suntikan kewangan bagi melancarkan segala perancangan dan program demi merealisasikan gagasan idea di atas.


Kami yakin, dengan bertemakan “Memperkukuh Kekuatan, Memimpin Gerakan” GAMIS sesi 2011/2012 mampu mencetuskan kebangkitan anak muda yang akhirnya akan menatijahkan kepada sebuah perubahan terutama di peringkat nasional dan masyarakat.


GAMIS Saluran Suara Mahasiswa


GAMIS merupakan salah satu pertubuhan mahasiswa yang terbesar dan sebuah organisasi bukan kerajaan (NGO) yang menghimpunkan kesemua persatuan mahasiswa Islam kampus di Malaysia. Pelbagai aktiviti yang telah dijalankan termasuklah aktiviti dakwah, siasah dan kebajikan. Selain daripada menjalankan aktiviti, GAMIS turut menjadi medium dan platform kepada mahasiswa Islam dalam menyatakan pandangan, pendapat dalam beberapa isu yang bersifat kemahasiswaan mahupun bersifat nasional dari sudut pandang sisi mahasiswa itu sendiri.


“Bersama Melangkah Menginspirasi Ummah”


Ahmad Shukran bin Shaharudin
Setiausaha Agong
Ikatan Studi Islam UKM


sumber: http://www.isiukm.org/kenyataan-media/setiausaha-agong/gamis-isiukm-di-persada-nasional

No comments:

Entry Popular