Followers

Wednesday 9 November 2011

Demi CINTA

Bismillah

Alhamdulillah, masih ada ruang untuk saya mencoret sedikit luahan hati dan perasaan buat warkah kali ini. Bukan beremosi bahkan tidak sesekali mengikut hawa nafsu, cuma peringatan buat diri ini yang mudah sangat tergelincir ke lembah kelalaian dan kealpaan.

Demi CINTA

Cinta dan Hati

Apa sahaja boleh berlaku disebabkan cinta
Dengan cinta, lautan api yang panas menjadi lautan kuntuman bunga yang mekar mewangi
Dengan cinta, pahit menjadi manis
Dengan cinta, susah menjadi senang
Demi cinta, sanggup bekorban apa sahaja

Pada siapa CINTA ini?

Satu persoalan yang yang perlu dirungkai. Andai cinta ini milik dunia, ketahuilah kehidupan dunia ini hanya sementara. Kehidupan di dunia akan fana. Setiap yang baharu pasti akan musnah, sama ada lambat mahupun cepat.


 Andai cinta ini milik Allah, Allah kekal buat selama-lamanya. Allah memiliki segala-galanya, di langit mahupun di bumi.

Cinta dunia

Sukar untuk kita nafikan perasaan ini. Sebagai manusia yang punya nafsu, pasti terselit walau sekelumit cinta dunia. Cinta pada makhluk, cinta pada kebendaan, cinta pada perkara yang tidak kekal dan bersifat sementara. Yang baru akan menjadi lama, yang elok akan menjadi rosak, yang cantik akan menjadi buruk. Inilah sifat yang ada pada kebendaan dan makhluk.

Cinta kerana ALLAH

Cintailah dunia kerana Allah

Namun bila cinta pada dunia kerana Allah, matlamat cinta adalah akhirat, matlamat cinta adalah untuk meraih redha Ilahi.

Cinta pada emak dan ayah semata-semata untuk redha Allah.
Cinta pada pasangan hidup melalui cara yang disukai Allah.
Cinta pada harta benda apabila dilaburkan pada jalan Allah.

Pengorbanan memerlukan cinta

Seseorang kekasih sanggup lakukan apa sahaja demi yang dicintai. Diri dan nyawa rela dipertaruhkan demi cinta. Tapi perlu diingat milik siapa cinta ini supaya pengorbanan yang dilakukan tidak sia-sia.

Cinta milik Allah, maka pengorbanan demi cinta Allah.

Ismail A.S dicintai bapanya kerana Allah. Perintah Allah pada Nabi Ibrahim A.S untuk mengorbankan anak baginda adalah ujian cinta. Maka Allah suka dengan pengorbanan yang dilakukan oleh Nabi Ibrahim A.S demi cinta yang berasaskan cinta Allah.

Maka usah bicara soal pengorbanan andai diri ini belum mencintai Allah. Cintai Allah dengan belajar mengenaliNya. Belajar untuk bekorban demi cinta Allah.

Salam Aidiladha



Wallahua’lam

1 comment:

Anonymous said...

cinta adalah fitrah. namun, sejauh mana cinta itu digunakan..sama ada krn Allah atau kerana manusia..

nice entri dan inilah 'shukran' yang dulu.. :) hehe (yeke?)

Entry Popular