Followers

Wednesday 12 October 2011

Aku PENDATANG ASING

Bismillah,

Rasa macam dah lama tak kongsi kisah hidup saya dengan rakan-rakan (macam selalu kongsi pula). Sebelum saya menyelam lebih dalam, suka untuk saya bermain-main di permukaan dahulu. Bila cerita soal kisah hidup, kita memang tak dapat lari daripada cerita yang berkaitan masalah dan musibah, ujian dan halangan, kejayaan dan kebahagiaan (mudah cerita, macam-macam ada). Cuma sebagai manusia yang memainkan watak utama dalam kisah kehidupan masing-masing, kita perlu sentiasa belajar daripada setiap adegan dan babak yang kita tempuhi, mudah-mudahan hidup kita lebih bermakna.

Alien

Bila baca tajuk post kali ni, mesti ada yang tertanya-tanya, “sejak bila Shukran Ijtihad jadi pendatang asing?” (kalau tak tertanya-tanya pun, buat-buatlah tanya).

ini bukan saya

Sebenarnya saya menjadi pendatang asing atau Alien sebaik sahaja kewarganegaraan (dompet dan termasuklah kad pengenalan, kad bank, lessen dan roadtax) saya dicuri pada hari Ahad yang lepas.


Banyak belajar

Alhamdulillah, berbekalkan kad pengenalan sementara, hari ini saya dah mendapat semula kewarganegaran saya (sayang Malaysia).

Bagi saya, kehilangan ini merupakan satu musibah yang perlu dijadikan sebagai iktibar dan pengajaran di samping ada hikmah yang Allah nak tunjuk pada saya. Banyak yang saya belajar daripada musibah yang menimpa saya ini. Antaranya, berkenaan prosedur untuk mendapatkan kad pengenalan yang baru. Saya telah bergegas ke Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di Putrajaya sebaik sahaja saya melayari laman web JPN.

suasana dalam bangunan JPN Putrajaya

Untuk makluman rakan-rakan. Bagi sesiapa yang kehilangan kad pengenalan buat pertama kali, kompaun akan dikenakan sebanyak RM100 (mahal kot). Kalau nak tahu lebih lanjut, sila layari laman web JPN.

Selain itu, saya juga belajar langkah-langkah keselamatan yang perlu diambil apabila dompet kita tercicir atau dicuri,
  1.  Cari dompet anda
  2.  Sekiranya tidak menjumpainya, segera laporkan pada pihak polis di balai polis yang berdekatan
  3.  Sekat atau block kad bank supaya kad bank anda tidak disalahgunakan oleh pihak yang tak bertanggungjwab
Anda perlu memastikan anda mendapatkan semula kad pengenalan anda yang baru di JPN supaya mudah untuk anda berurusan dengan bank berkaitan dengan kad bank anda yang hilang bersama dompet.

Dunia ni KECIL

Siapa sangka, musibah yang menimpa saya ini telah menjadi sebab kepada pertemuan saya dengan Mak Su saya yang bekerja di JPN (macam Jejak Kasih pula). Sebenarnya kami tak saling mengenali pun, disebabkan kami agak jarang berjumpa sebelum ini.  Tapi nak kata dunia ini sangat kecil, banyak juga pertemuan yang tak dijangka sering berlaku.

Rupanya ramai juga orang Kedah di Bangi ni (terutamanya orang Pendang). Sewaktu menunggu urusan di Bank Islam selesai, saya menuju ke bengkel motorsikal yang berdekatan untuk membaiki motorsikal saya yang agak bermasalah kebelakangan ini. Agak terkejut dan terperanjat setelah mendapati pekerja dan tuan kepada bengkel tersebut merupakan orang Kedah (sekali lagi, terutamanya Pendang). Kecil sungguh dunia ini.

Belum selesai

Ada lagi urusan saya yang belum selesai. Esok dah boleh ambil kad pengenalan saya yang baru (agak teruja). Esok juga baru boleh setelkan urusan lessen, roadtax, dank ad bank CIMB.

Sebenarnya urusan kita atas bumi ini tidak akan selesai selagi kita tidak menjengah ke alam barzakh. Urusan kita di alam barzakh juga tidak akan selesai selagi belum pasti Syurga atau Neraka tempat kembali kita.

Jadi, perlu kita pastikan urusan kita selesai dengan jayanya. Selamat beramal.

Wallahua’lam.

1 comment:

Fauzi Kamaruddin said...

huhuhu.... Sabar di atas ujian
("dan Kami pasti akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa, dan buah-buahan. Dan sampaikanlah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar" Al-Baqarah 2:155)

Entry Popular