Followers

Sunday 26 June 2011

Printer merajuk

Bismillah

Alhamdulillah, masih punya ruang dan peluang untuk saya coretkan sesuatu yang sedang berlegar dalam pemikiran saya. Rasa dengkinteramat sangat apabila melihat blog rakan-rakan yang sentiasa di”update”. Apakan daya, diri ini kesibukan UNTUK ISLAM, KERANA ALLAH (ayat pasrah).

Pesta konvo

logo baru PK39
Minggu ketiga perkampungan Pesta Konvo ke-39 membuka tirainya. Menantikan cabaran-cabaran yang mendatang, membuatkan saya perlu sentiasa bersedia. Melihat rakan-rakan ahli sekretariat yang sedang bertungkus-lumus melaksanakan tugas masing-masing menjadikan saya lebih bersemangat (terharu pun ada).



Namun, dua minggu yang telah berlalu tidak dibiarkan begitu sahaja. Sangat rugi pada sesiapa yang tidak menghayatinya (poyo pula).  Terlalu banyak yang saya pelajari dan ingin saya kongsikan pada sahabat-sahabat.

Mesin tak punya perasaan

Canon MP258
Hampir seminggu berada di bilik pesta saya habiskan semata-mata untuk melayan kerenah Canon MP258 (sejenis printer). Pertama kali saya berhadapan dengan mesin yang sangat sensitif (mengalahkan perempuan). Ada saja “error” yang `timbul. “ cannot recognized the cartridge”, “cannot detect the cartridge”, “ink run out” dan macam-macam lagi.

Hampir RM330 terpaksa dihabiskan semata-mata nak melayan kesensitifan printer tersebut (dah boleh beli printer baru pun). Memetik ungkapan keramat dalam filem Mak LImah Balik Kampung, “sabo je la”. Ye la, kita terpaksa memahami masalah printer tersebut, dalam masa yang sama perlu menyedari hakikat mesin yang tak punya perasaan dan tak kan pernah memahami perasaan kita.

Manusia yang ada perasaan

Berbeza pula kondisinya apabila kita berhadapan dengan manusia. Pada saya, manusia adalah ciptaan yang sangat “complicated”. Ye la, mana mungkin Allah S.W.T mengiktiraf manusia sebagai sebaik-baik ciptaan.

hati batu
Masalah yang sangat besar timbul apabila saya terpaksa melayan kerenah manusia yang punya perasaan. Dalam keadaan kita nak memahami masalah yang sedang mereka hadapi, mereka pula yang kononnya punya perasaan langsung tidak mahu cuba untuk memahami diri saya. Siapalah saya untuk difahami (sekali lagi ayat pasrah).

Bukan berharap untuk difahami, cuma nak mengingatkan pada diri ini. Manusia ni tak sama macam mesin, tidak ada perasaan. Berhadapan dengan manusia memerlukan kita untuk meletakkan ego kita di sebelah dan melapangkan dada kita seluasnya.

Saling

Sepatutnya, sebagai manusia kita perlu saling memahami supaya kehidupan kita ini bebas dari dibelengu perasaan dendam dan menyimpan amarah.

Wallahua’lam

3 comments:

mohd faiz said...

printer merajuk.xtahan

Mohammad Al-Amin bin Mohammad Shukri said...

hehe..lain kali beli printer perform sikit.

shukran ijtihad said...

tu la...xnk pkai cnon mp 258 lg pas ni...

Entry Popular