Bismillah
Alhamdulillah, masih bertapak saya atas muka bumi Allah dalam keadaan yang sejahtera untuk terus menegakkan agama Islam yang tercinta.
Hadiah
Apakah yang dimaksudkan dengan hadiah??
Satu persoalan saya lontarkan pada sahabat. Sebagai penghargaan kepada yang sudi membaca, saya jawab sendiri persoalan di atas.
saya suka hadiah |
Hadiah merupakan satu pemberian daripada seseorang kepada seseorang yang lain sebagai tanda penghargaan, terima kasih, persahabatan, kasih sayang dan penghormatan. Hadiah juga merupakan satu bentuk ganjaran atau balasan baik kepada seseorang.
Tak suka
Jadi, siapa yang tidak suka menerima hadiah? Siapa yang sedih apabila mendapat hadiah?
Saya yakin dan percaya, rata-rata dalam kalangan sahabat pasti akan menjawab, “Bukan saya”. Ya, sebagai manusia, kita akan berasa sangat senang apabila mendapat penghargaan dan pemberian khususnya berupa hadiah.
Oleh itu, tidak dapat tidak, kita akan menterjemahkan rasa senang tersebut dengan menjaga hadiah tadi sebaik mungkin, rasa bangga dengannya dan akan memastikan hadiah itu sentiasa dalam keadaan yang baik. Apabila ianya hilang atau rosak, kita akan berasa sangat sedih.
Cara pemberian
Cara pemberian dan penyampaian hadiah turut mempengaruhi bagaimana seseorang itu akan menghargai dan menjaga hadiah tersebut.
Pemberian dengan cara “face to face”, menjadikan penerima hadiah berasa sangat dihargai. Selain itu, penerima hadiah akan sedar betapa hadiah yang diberikan bukan sekadar barangan biasa yang boleh dibeli di kedai-kedai, pada bila-bila masa sahaja.
Hadiah daripada Allah
Peristiwa Isra’ dan Mikraj yang jatuh pada tanggal 27 Rejab, telah menyaksikan satu perjalanan jauh Baginda Nabi Muhammad S.A.W dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa, seterusnya bertemu dengan Allah di Sidratul Muntaha.
Hayatilah Isra' Mikraj |
Perlu kita sedar bahawa solat adalah hadiah daripada Allah kepada kita. Dengan cara pemberian yang berbeza, tidak melalui perutusan Jibril, bahkan Rasulullah sendiri yang bertemu dengan Allah semata-mata untuk mendapatkan perintah solat, telah menggambarkan betapa solat ini sangat berharga.
Menghargai solat : KHUSYUK |
Bagaimana kita nak menghargai hadiah daripada Allah ini? Laksanakannya dengan sebaik mungkin dengan mencontohi sunnah Rasulullah, beri kesedaran pada saudara Islam kita akan hadiah daripada Allah ini dan menyeru semua umat Islam untuk menghargainya. Kita juga sepatutnya berasa sedih apabila tidak dapat melaksanakan perintah solat dengan sebaik mungkin.
Wallahua’lam
No comments:
Post a Comment