Followers

Tuesday 12 July 2011

Kejayaan saya pada hari ini

Bismillah

Alhamdulillah, dalam kesibukan mentadbir urusan dunia masih ada ruang masa untuk jari ini beramah mesra dengan papan kekunci. Muhasabah akan tujuan asal wujudnya blog ini, membuatkan saya kembali yakin untuk terus berkongsi dengan rakan-rakan.

Nilai sebuah kejayaan

Ada orang kata, hidup ini adalah untuk mencapai kejayaan, bukan kegagalan. Saya kata, hidup ini perlu menempuh kegagalan demi sebuah kejayaan (poyo pula).


Ya, kadang-kadang kita asyik mengejar kejayaan hinggakan kita lupa akan kegagalan yang perlu kita rempuh. Orang yang berjaya adalah orang yang pernah gagal. Dan nilaian sebuah kejayaan yang sebenar terletak kepada sejauh mana kita mampu menghadapi perasaan kecewa berdepan dengan kegagalan.

kepuasan beroleh kejayaan

Masalah adalah tembok penghalang kepada sebuah kejayaan dan pemangkin unggul kepada sebuah kegagalan. Penyelesaian kepada sebuah masalah bukan dengan lari daripada masalah, bahkan hadapi masalah tersebut. Ada orang kata, kita perlu senyum pada masalah. Saya kata, senyum sebagai alamat kita sentiasa bersedia untuk berhadapan dengan masalah.

Tidak pernah gagal

Sewaktu tadika, saya sering dikalahkan oleh adik saya dalam peperiksaan. Saya pernah tidak dapat membezakan huruf ‘d’ dan ‘b’ (waktu umur 6 tahun). Ini adalah kegagalan pertama yang saya hadapi. Tetapi ia tidak menjadi penghalang kepada saya untuk terus belajar membaca dan menulis.

Pencipta filamen mentol,Thomas Edison hanya berjaya pada cubaan yang ke 1000. Begitu juga Rasulullah S.A.W ketika menyampaikan dakwah di Thaif. Walaupun baginda tidak berjaya dan menerima tentangan yang dahsyat, namun baginda tetap tidak berputus asa dan sentiasa mendoakan hidayah buat umatnya.



Muhasabah sebelum tidur

Hari ini, tiba-tiba sahaja saya menyebut nombor 8 yang akhirnya menyebabkan saya terpaksa ke hadapan untuk menceritakan kejayaan saya pada hari ini. Sewaktu berdiri di hadapan, saya cuba mencari apakah kejayaan saya. Dan saya dapati bahawa kehidupan seharian akan menjadi lebih menarik andai kita sentiasa beusaha ke arah kejayaan pada siang hari dan muhasabah pada malam hari.

Wallahua’lam

No comments:

Entry Popular