Followers

Sunday 5 June 2011

Kelas dan Sekolah

Bismillah.

“Adik nak pi SEKOLAH”

“Adik nak pi KELAS”

Adakah anda lihat sebarang perbezaan pada kedua-dua ayat di atas? Jika jawapannya YA, saya sangat setuju dengan anda.

Perbezaan

Sekolah dan Kelas merupakan dua perkataan yang sangat berbeza tidak kiralah sama ada dari sudut bilangan huruf, bilangan suku kata, ejaan mahupun sebutan. Tetapi saya pasti yang kita semua sudah sedia maklum bahawa Sekolah dan Kelas saling berkait rapat.


Sebagai seorang yang pernah belajar di sekolah, kita sedia mengetahui bahawa Kelas merupakan sebahagian daripada Sekolah dan tidak timbul persoalan tentang perbezaan yang ketara pada kedua-dua ayat di atas.



Gabungkan

Cuba kita gabungkan kedua-dua perkataan Kelas dan Sekolah untuk membentuk dua ayat yang sama maksudnya.

1.       Adik pergi sekolah untuk belajar di dalam kelas.
2.       Adik pergi ke kelas yang terdapat di sekolah untuk belajar.

Apakah persamaan kedua-dua ayat di atas? Kedua-duanya membawa maksud bahawa adik ke sekolah untuk belajar.

Isu

Namun timbul isu yang tidak sepatutnya atau mainan politik semata-mata apabila Parti Islam Semalaysia (PAS) dalam muktamarnya yang ke 57 baru-baru ini apabila bertemakan dengan “Membangun Negara Berkebajikan”.

Ada sesetengah pihak mengeluarkan kenyataan bahawa PAS sudah lari atau terpesong daripada matlamat dan dasar utama mereka iaitu Negara Islam demi menjaga hubungan dengan parti komponen yang lain dalam Pakatan Rakyat (PR). PAS juga dituduh sebagai boneka semata-mata dalam PR.

Persoalan ingin saya lontarkan, ADAKAH TERDAPAT PERBEZAAN ANTARA NEGARA BERKEBAJIKAN DAN NEGARA ISLAM? Cuba kaitkan dengan perbezaan antara istilah Sekolah dan Kelas yang telah saya utarakan di awal penulisan kali ini.



Sebagai umat Islam, kita harus faham apakah Islam yang sebenarnya. Islam agama yang lengkap mencakupi semua aspek termasuk kebajikan. Aspek kebajikan tidak dapat dipisahkan daripada Islam. Lantaran itu, saya kembalikan persoalan saya buat sahabat-sahabat. Sama-sama kita fikirkan.

Wallahua’lam.

3 comments:

Harith Faisal said...

Salam shuk.. sanah helwah.. xsempat nak wish semalam.. btw, i found an error in this entry.. 2 abad?? i think the correct one is 2 dekad right??

aku said...

Bgus2...truskan mnulis~~

shukran ijtihad said...

terima kasih =)

Entry Popular