Followers

Tuesday 6 March 2012

Palestin : Selamatkan Gaza

Baru-baru ini Persatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (PMUKM) melalui Presiden mereka, Ahmad Muzammil Muhd Hairi menyertai  Konvensyen Kebangsaan Politik dan Patriotisme (K2P). Konvensyen ini merupakan anjuran MPP Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) sesi 2010/2011 serta menampilkan jemputan khas mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Kenyataan Tun Dr Mahathir mengenai hukum hudud yang tiada tercatat di dalam Al-Quran kitab suci umat Islam menjadi polemik seketika. Belum tamat polemik tersebut untuk membahang, timbul pula isu surat menyurat di antara Tun Dr Mahathir dengan beberapa ‘pimpinan’ Negara Israel. Surat berkenaan adalah sebagai bantahan daripada Kerajaan Malaysia mengenai kewujudan negara Israel serta tindakan untuk tidak mengiktiraf negara tersebut.


Tenang dalam perjuangan mengakkan Islam

Hal ini menguatkan lagi hujah serta sokongan bahawa kerajaan Malaysia tidak sama sekali mempunyai hubungan dengan negara tersebut. Tindakan menghantar surat tersebut pada sisi pandangan yang pertama, seakan-akan melihat memang benar Malaysia tidak mempunyai hubungan dengan Israel.
Namun, berbeza pula pada sisi pandangan yang sebaliknya. Tindakan surat menyurat tersebut menunjukkan bahawa Malaysia sebenarnya mengiktiraf Israel sebagai sebuah negara. Surat kepada Perdana Menteri Israel. Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman menyatakan di Bernama;

“Kandungan surat-surat tersebut jelas menunjukkan pendirian yang berprinsip dan ketegasan Malaysia terhadap tindakan haram dan kekejaman Israel yang telah menggugat pelaksanaan proses damai, dan gesaan beliau kepada Israel untuk memenuhi obligasinya dan melaksanakan semua perjanjian yang telah dimeterai di antara Palestin dan Israel,”

Pendirian ISIUKM

ISIUKM tegas dalam menyatakan pendirian untuk tidak sama sekali mengiktiraf Israel sebagai sebuah negara. Hal ini jelas bagi seluruh umat Islam. Kita menyedari bahawa saudara kita di Palestin sentiasa ditindas.  Wajar atau tidak wajar, segalanya kembali kepada sensiviti seseorang terhadap keadilan dan kebenaran.
Rakyat Palestin terus diancam dengan rejim yang bengis. Pelbagai ragam dan tindakan yang kejam oleh zionis dalam menafikan hak rakyat Palestin di atas bumi Palestin. Pengiktirafan kepada Israel sebagai sebuah negara secara tidak langsung menunjukkan sokongan ke atas penindasan yang menimpa rakyat Palestin.
Kezaliman silih berganti, anak kecil, wanita dan orang  tua menjadi sasaran pembengis. Kezaliman yang tidak kenal erti kemanusiaan. Tiada langsung tolak ansur malah rasa bersalah. Ayuh! Bangkitlah umat Islam, kobarkan semangat juangmu membela saudara seakidah.
Justeru, baik kerajaan mahupun pembangkang, kenyataan ini jelas menunjukkan bahawa ISIUKM tidak berpihak kepada mana-mana entiti. Malah, ISIUKM juga tidak akan bertoleransi dengan pihak yang menyatakan sokongan akan pengiktirafan Israel sebagai sebuah negara.
Pendirian ini jelas menunjukkan ideologi mahasiswa berpaksikan kebenaran dan keadilan. Maka, sekali lagi ISIUKM bertegas untuk tidak memberi laluan mudah kepada pihak yang menyatakan sokongan terhadap Israel lalu mengiktiraf sebagai sebuah negara.
“Bersama Melangkah, Menginspirasi Ummah”


Ahmad Shukran Bin Shaharudin
Setiausaha Agong Ikatan Studi Islam Universiti Kebangsaan Malaysia.

No comments:

Entry Popular