Followers

Friday, 13 April 2012

PTPTN : Along Negara

Bismillah

Indonesia baru-baru ini gempar dengan gegaran gempa bumi yang cukup kuat, Malaysia juga turut terasa tempiasnya. Namun, gempa bumi yang berlaku tidak dapat menandingi kekecohan di Malaysia disebabkan isu PTPTN dan pendidikan percuma yang dilontarkan Pakatan Rakyat (PR). Isu sebegini bukan isu politik semata-mata, bahkan ianya adalah isu sejagat yang mejurus ke arah pembentukan Malaysia sebagai sebuah negara maju dan membangun. Walaupun isu ini telah sekian lama dilaung-laungkan oleh mahasiswa yang tertindas, ianya kembali hangat dan panas dengan lontaran-lontaran idea yang bernas dan mampu membuka minda bagi sesiapa sahaja yang terbuka dan tidak cepat melatah.

Kenali PTPTN

Sebelum kita pergi lebih jauh, menghentam tidak tentu arah, satu persoalan perlu kita rungkai. Siapakah atau apakah badan yang kita kenali sebagai Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)?  

  1. Ditubuhkan di bawah Akta Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional 1997 (Akta 566) yang mula berkuatkuasa pada 1 Julai 1997.
  2. Ditubuhkan selepas wujudnya Akta Pendidikan dan Pendidikan Tinggi Swasta 1996. Perdana Menteri Malaysia ketika itu adalah Tun Dr Mahathir (bersesuaian dengan Dasar Penswastaan yang dilancarkan oleh beliau) dan Menteri Pendidikan ketika itu adalah Dato’ Seri Najib, Perdana Menteri Malaysia sekarang.
  3. Tidak dilesenkan sebagai sebuah institusi kewangan di bawah peruntukkan Akta Perbankan dan Institusi Kewangan dan tidak dikawal selia oleh Bank Negara.
  4. Peminjam PTPTN yang tidak dapat melunaskan hutang dan telah disenaraihitamkan tdak bebas bergerak ke mana sahaja hatta ke luar negara.

Membantu atau membantut?

Negara muflis dan mahasiswa malas

PTPTN dimansuhkan dan pendidikan percuma, menyebabkan rata-rata dalam kalangan masyarakat terutamanya mahasiswa/i yang cakna rasa terpanggil untuk memberi respon, terutamanya respon dari aspek kesan dan akibat yang bakal diterima oleh negara dan mahasiswa itu sendiri.


Pihak yang cuba menjaga periuk nasi masing-masing mudah melatah dan menggelabah dengan isu yang dimainkan. Lalu muncul suara-suara yang menggembar-gemburkan soal negara akan muflis, negara akan menanggung bebanan hutang yang tinggi, kedudukan mahasiswa Melayu terjejas dan banyak lagi.

Selain itu, terdapat juga bunyi-bunyi yang mengaitkan pendidikan percuma dengan sikap mahasiswa yang sambil lewa dalam pelajaran masing-masing. Pendidikan percuma dilihat memberi ruang yang cukup selesa kepada mahasiswa seterusnya menyebabkan mahasiswa tidak ambil serius soal pelajaran dan akademik.

Saya sendiri melihat soal negara akan muflis dan yang bersangkutan denganya, sebagai rakyat yang prihatin, kita perlu mendapat pendedahan yang secukupnya berkenaan sumber pendapatan negara, penyaluran sumber-sumber tersebut, adakah cukai merupakan sumber utama pendapatan negara, hutang yang ditanggung oleh negara. Hal ini kerana, sebagai rakyat kita akan lebih jelas berkaitan persoalan pengurusan pentadbiran kewangan yang cekap dan seterusnya mekanisme yang perlu dilaksanakan dalam usaha melunaskan segala hutang yang ditanggung oleh negara. Kita tidak akan risau dan bimbang dengan kemampuan kerajaan dalam melunaskan hutang-hutang yang ditanggung. Kelantan, sebuah negeri di bawah pimpinan PR telah membuktikan yang mereka mampu melangsaikan hutang yang ditanggung, pada masa yang sama kebajikan rakyat terjaga dek kerana sistem pengurusan pentabiran kewangan yang cekap.

Sikap mahasiswa tidak sepatutnya menjadi hujah utama dalam membahaskan isu sebegini. Sikap adalah sesuatu yang boleh dibentuk dan dipengaruhi dengan suasana persekitaran. Pihak kerajaan berperanan dalam membentuk suasana persekitaran. Sebahagian masyarakat hari ini tidak lagi memandang ilmu sebagai sesuatu yang cukup berharga dan bernilai. Pandangan sebegini perlu diubah dan dibentuk diperingkat akar umbi lagi.

Lontaran yang perlu disambut

Idea pendidikan percuma dan mansuhkan PTPTN adalah idea yang perlu disambut. Bagaimana menyambut idea tersebut, setuju atau tidak, terpulang kepada setiap individu yang cakna.

Saya sendiri bersetuju dengan lontaran tersebut. Cumanya, sebagai pihak yang bertanggungjawab dalam melontarkan idea pendidikan percuma dan mansuhkan PTPTN, soal mekanisme perlu diperhalusi. Sebagai individu yang menyambut baik dengan lontaran idea ini, saya bersedia untuk berkongsi sebarang idea bagi memperhalusi mekanisme serta berusaha memberi pandang sisi mahasiswa sekadar yang termampu.

Saya sertakan beberapa link, artikel beberapa pihak yang menyambut  isu ini.






Wallahua’lam.

3 comments:

faizulosman said...

bagi sy pendidikan percuma itu bagus tp bagaimana dgn kos sara hidup peljar semasa belajar? tak semua pelajar kaya dan tak semua pelajar miskin... kalau nk tahu lagi kos sebenar kita belajar selama 3 tahun adalah 30 ribu... yg kita kena tggun g dgn ptptn tak sampai pun 10 ribu...

sy setuju sekiranya jika ptptn tak mengguna kan kadar faedah yg terlalu tinggi sehingga membebankan pelajar kelak. kalau kita ambil 30 ribu, kita byr pun 30 ribu... bukan lebih dr itu...

ini pendpt sy...

anak salleh said...

Salam.

Tidak dinafikan bahawa pendidikan percuma itu adalah antara yang diidamkan oleh rakyat. Tetapi pemansuhan ini perlulah disertakan dengan suatu cara, atau mekanisma seperti saudara katakan.

Saya selaku kreditor PTPTN di IPTS sebenarnya tidak bersetuju jika PTPTN dimansuhkan, kerana IPTS bergantung sepenuhnya kepada yuran mahasiswa bagi kelangsungan kualiti pendidikan dan infrastruktur.

Mudah bagi mereka yang ditanggung oleh mana mana badan mengatakan itu dan ini. Bagi kami, tanpa PTPTN tidaklah dapat kami menyambung pelajaran yang yurannya boleh menjangkau sehingga RM70,000.

Pihak PTPTN kini menggunakan sistem ujrah, yang mana hanya 1% sahaja dikenakan atas jumlah wang pinjaman, berbanding sistem lama yang mengenakan 3%.

Mungkin kadar faedah bayaran ansuran itu boleh dikaji semula seperti kata saudara faizulosman, tetapi tidak wajarlah dimansuhkan sepenuhnya.

Saya mungkin sokong jika kerajaan ingin PTPTN dimansuhkan dan pendidikan percuma untuk semua mahasiswa JIKA semua hutang piutang dan tanggungjawab kewangan lain kerajaan dapat dilunaskan. Sedikit pendapat daripada sudut pandang saya.

Wallahualam.

syahrilzaman said...

masalah kita hari ini ialah kita masih kurang ilmu mengenai perbankan islam dan RIBA.

PTPTN itu sebenarnya riba, walaupun ditukar "brand" kepada ujrah, tetapi konsepnya tetap sama seperti riba,bila dikenakan faedah/bunga walaupun 1% ia tetap dikira sebagai riba.

Memansuhkan PTPTN tu kurang sesuai, tetapi memansuhkan faedah atau ujrah yg ada pada PTPTN itu relevan.

"belajar menggunakan duit hasil riba,bagaimana ilmu mahu diberkati?"

Entry Popular