Bismillah
Indonesia baru-baru ini gempar dengan gegaran gempa bumi yang cukup kuat, Malaysia juga turut terasa tempiasnya. Namun, gempa bumi yang berlaku tidak dapat menandingi kekecohan di Malaysia disebabkan isu PTPTN dan pendidikan percuma yang dilontarkan Pakatan Rakyat (PR). Isu sebegini bukan isu politik semata-mata, bahkan ianya adalah isu sejagat yang mejurus ke arah pembentukan Malaysia sebagai sebuah negara maju dan membangun. Walaupun isu ini telah sekian lama dilaung-laungkan oleh mahasiswa yang tertindas, ianya kembali hangat dan panas dengan lontaran-lontaran idea yang bernas dan mampu membuka minda bagi sesiapa sahaja yang terbuka dan tidak cepat melatah.
Kenali PTPTN
Sebelum kita pergi lebih jauh, menghentam tidak tentu arah, satu persoalan perlu kita rungkai. Siapakah atau apakah badan yang kita kenali sebagai Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)?
- Ditubuhkan di bawah Akta Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional 1997 (Akta 566) yang mula berkuatkuasa pada 1 Julai 1997.
- Ditubuhkan selepas wujudnya Akta Pendidikan dan Pendidikan Tinggi Swasta 1996. Perdana Menteri Malaysia ketika itu adalah Tun Dr Mahathir (bersesuaian dengan Dasar Penswastaan yang dilancarkan oleh beliau) dan Menteri Pendidikan ketika itu adalah Dato’ Seri Najib, Perdana Menteri Malaysia sekarang.
- Tidak dilesenkan sebagai sebuah institusi kewangan di bawah peruntukkan Akta Perbankan dan Institusi Kewangan dan tidak dikawal selia oleh Bank Negara.
- Peminjam PTPTN yang tidak dapat melunaskan hutang dan telah disenaraihitamkan tdak bebas bergerak ke mana sahaja hatta ke luar negara.
|
Membantu atau membantut? |
Negara muflis dan mahasiswa malas
PTPTN dimansuhkan dan pendidikan percuma, menyebabkan rata-rata dalam kalangan masyarakat terutamanya mahasiswa/i yang cakna rasa terpanggil untuk memberi respon, terutamanya respon dari aspek kesan dan akibat yang bakal diterima oleh negara dan mahasiswa itu sendiri.