Followers

Tuesday 3 April 2012

Berterus terang VS Bersangka baik

Bismillah.

Sudah lama saya tidak mencoret buah fikiran pada layar maya ini, disebabkan kekangan masa dan himpitan kesibukan atas tanggungjawab yang diberikan Allah, “menjadi khalifah berjiwa hamba”. Mungkin coretan kali ini sebagai pemanas badan bagi memastikan rangsangan idea terus dinamik, tidak statik.

Pengalaman sebagai guru

Alhamdulillah, tanpa kita sedar pengalaman seringkali menjadi guru terbaik kepada kita, mengajar erti kehidupan. Dengan pengalaman kita belajar daripada kesilapan. Dengan pengalaman juga kita dapat belajar menerima hakikat kehidupan yang sementara. Mengenal ciptaan Allah (diri sendiri juga ciptaan Allah) juga perlu melalui pengamatan terhadap pengalaman hidup.

Berterus terang VS Bersangka baik



Peluang demi peluang diberi oleh Allah kepada manusia untuk terus belajar melalui kehidupan. Pilihan terletak pada tangan kita, adakah kita hendak belajar melalui pengalaman atau membiarkan kehidupan kita berlalu tanpa berguru dengan pengalaman.

Jangan terlalu berharap

Bergerak kerja dalam persatuan, pertubuhan (dalam erti kata yang lebih mudah, secara kolektif dan berjemaah) memerlukan kita berinteraksi dan berkomunikasi dengan lebih berkesan. Hubungan dua hala antara manusia teruji bila mana kita terpaksa bekerjasama antara satu sama lain untuk mencapai matlamat yang satu.

Berterus terang atau mengharapkan rakan sekerja bersangka baik terhadap kita? Dilema sebegini seringkali menyerabutkan pemikiran kita. Kadang-kadang ada sesetengah perkara yang tidak mampu untuk kita berterus terang secara keseluruhannya (risau menyusahkan orang lain, beranggapan bahawa orang lain tidak memahami kita). Apabila kita tidak mampu untuk berterus terang, kita mengharapkan rakan sekerja kita dapat bersangka baik dengan kita (dalam situasi kita tidak mampu beri komitmen sepenuhnya).

Kucing ni tak boleh berterus terang, jadi bersangka baiklah

Sebagai manusia, kita tidak boleh lari daripada berhadapan dengan masalah sedemikian. Tidak mampu bersangka baik memerlukan kepada penerangan. Tidak mampu berterus terang memerlukan kepada bersangka baik.

Saya mulakan dulu

Meminjam kata-kata Ustaz Hasrizal, “erti memberi pada yang menerima”. Tangan yang memberi lebih baik daripada tangan yang menerima. Perjalanan beribu batu memerlukan langkahan yang pertama. Cadangan saya (terhadap diri sendiri dan rakan-rakan), marilah kita belajar untuk bersangka baik dan cuba memahami rakan-rakan yang tidak mampu untuk berterus terang (dalam masa yang sama, mencari ruang untuk menjadi pendengar setia terhadap masalah rakan kita). Kita juga perlu belajar untuk berterus terang sekadar termampu terhadap rakan-rakan yang tidak mampu bersangka baik.

Ubat mujarab bagi menyembuhkan penyakit dalam hubungan sesama manusia adalah UKHUWAH. Sesuai dengan firman Allah,

“sesungguhnya orang yang beriman itu adalah bersaudara (berukhuwah), maka damaikanlah sesama kamu (orang beriman) dan bertakwalah kamu kepada Allah agar mendapat rahmat”  (al-hujurat : 10)

Wallahua’lam.

No comments:

Entry Popular