Followers

Wednesday 29 June 2011

Tak suka HADIAH

Bismillah

Alhamdulillah, masih bertapak saya atas muka bumi Allah dalam keadaan yang sejahtera untuk terus menegakkan agama Islam yang tercinta.

Hadiah

Apakah yang dimaksudkan dengan hadiah??

Satu persoalan saya lontarkan pada sahabat. Sebagai penghargaan kepada yang sudi membaca, saya jawab sendiri persoalan di atas.

Sunday 26 June 2011

Printer merajuk

Bismillah

Alhamdulillah, masih punya ruang dan peluang untuk saya coretkan sesuatu yang sedang berlegar dalam pemikiran saya. Rasa dengkinteramat sangat apabila melihat blog rakan-rakan yang sentiasa di”update”. Apakan daya, diri ini kesibukan UNTUK ISLAM, KERANA ALLAH (ayat pasrah).

Pesta konvo

logo baru PK39
Minggu ketiga perkampungan Pesta Konvo ke-39 membuka tirainya. Menantikan cabaran-cabaran yang mendatang, membuatkan saya perlu sentiasa bersedia. Melihat rakan-rakan ahli sekretariat yang sedang bertungkus-lumus melaksanakan tugas masing-masing menjadikan saya lebih bersemangat (terharu pun ada).


Monday 20 June 2011

Susahnya nak hafal SKRIP, berLAKON!!

Bismillah.

Biasanya dalam sesebuah filem mahupun drama, sekalipun iklan pendek, perlu ada skrip yang menentukan jalan ceritanya. Kalau nak berlakon, kena hafal skrip. Skrip yang baik akan menjadikan filem itu menarik dan hebat.

Pentas lakonan

Dunia ibarat pentas lakonan. Kita yang bergelar manusia, menghiasi pentas ini dengan bermacam ragam dan kerenah. Sebagai pengarah, penerbit, panulis skrip, ALLAH SUBHANAHU WATAALA telah menyusun segalanya dengan penuh hikmah, tak terjangkau dek akal kita yang sangat terbatas daya pemikirannya.

Saturday 18 June 2011

Apresiasi Melestari Kecemerlangan

Bismillah.

Alhamdulillah, puji-pujian buat Allah S.W.T yang menciptakan semua makhluk di muka bumi ini untuk berkhidmat kepada manusia. Sudah agak lama rasanya jari-jemari saya ini tidak menari-nari di atas papan kekunci. Mugkin disebabkan kesibukan atau kelemahan dalam menguruskan masa (sama-sama kita muhasabah).

Cuti panjang

Majoriti mahasiswa universiti tempatan sedang lena dibuai mimpi menempuh cuti semester yang sangat panjang, lebih kurang 4 bulan. Mungkin ada yang mencari kerja sambilan atau memutuskan untuk berkhidmat kepada ibu bapa, segala-galanya berdasarkan keutamaan. Ada juga yang mengambil kesempatan untuk melanjutkan pengajian ke semester pendek.

Friday 10 June 2011

MALAM PERTAMA. Satu jam cukup ka?

Bismillah.

Alhamdulillah. Rasa syukur yang tidak terhingga atas segala nikmat kurniaan Allah. Masih diberi kekuatan dan upaya untuk menggerakkan jari-jemari ini di atas papan kekunci untuk menterjemahkan sebuah kisah hidup yang penuh suka duka sebagai tatapan buat sahabat.

Malam Pertama

Malam ini (10/6/2011, Jumaat) merupakan malam pertama yang sangat dramatik bagi saya. Hampir ditinggalkan keseorangan di rumah menjadikan saya berasa sangat teruja. Ya, teruja untuk menempuhi malam pertama.

Wednesday 8 June 2011

BODOHnya aku!!

Bismillah.

Satu temu bual berlaku antara seorang wartawan dengan seorang ketua kampung bersebelahan stesen minyak Petronas,

Sunday 5 June 2011

Kelas dan Sekolah

Bismillah.

“Adik nak pi SEKOLAH”

“Adik nak pi KELAS”

Adakah anda lihat sebarang perbezaan pada kedua-dua ayat di atas? Jika jawapannya YA, saya sangat setuju dengan anda.

Perbezaan

Sekolah dan Kelas merupakan dua perkataan yang sangat berbeza tidak kiralah sama ada dari sudut bilangan huruf, bilangan suku kata, ejaan mahupun sebutan. Tetapi saya pasti yang kita semua sudah sedia maklum bahawa Sekolah dan Kelas saling berkait rapat.

Sudah 20 tahun, lagi...

Bismillah.

Semalam genap umur ini 20 tahun berdasarkan kalendar masihi. Puas jari-jemari ini membalas ucapan “sanah helwah”, “selamat hari lahir”, tidak kira sama ada melalui Facebook, SMS dan pelbagai bentuk media yang wujud. Segala doa yang dipanjatkan, ucapan AMIN YA RABB saya lafazkan. TERIMA KASIH yang tidak terhingga buat sahabat-sahabat yang sudi meluangkan masa barang sebentar untuk mengingatkan saya kepada hidup yang sementara ini.

Friday 3 June 2011

Puasa JUMAAT

Bismillah.

Puasa sunat merupakan amalan yang sangat digalakkan dalam Islam. Hal ini kerana setiap amalan sunat merupakan sesuatu yang diperlukan untuk menampung segala kecacatan dalam amalan fardu. Ibarat menampung kain yang koyak dengan tampalan kain yang lain. Puasa sunat untuk menampung puasa wajib sebulan Ramadhan, solat sunat untuk menampung kecacatan solat fardu lima kali sehari.


Thursday 2 June 2011

Bulan ALLAH

Bismillah.

Alhamdulillah. Kesyukuran saya panjatkan kerana masih diberi kesempatan untuk bersua dengan Rejab. Moga Rejab kali ini menjanjikan sesuatu yang lebih bernilai dan bermakna.  Mungkin ada antara kita yang pernah terbaca dan terdengar sabdaan kekasih Allah, juga kekasih kita, Nabi Muhammad S.A.W yang bermaksud,

Entry Popular